Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, October 31, 2009

SUBHANALLAH, ALLAHU AKBAR

SubhanAllah, Allahu Akbar. Lebih kurang jam 11 malam, saya bersama isteri telah dipanggil olih adik ipar untuk melihat sesuatu yang anih pada bulan. Sebelum ini, saya pernah menerima email gambar pelangi yang mengelilingi bulan, alhamdulillah.. Allah beri kesempatan untuk saya, isteri dan ipar bersama 2 orang anaknya dan jiran sebelah rumah melihat tanda-tanda kebesaran Allah. Adik ipar saya mengetahui kejadian ini apabila beliau dihubungi olih abangnya yang berada di Pekan, Pahang. Allah juga beri kesempatan kepada kami untuk melihat tanda-tanda kebesaranNYA, mungkin juga sebagai peringatan, apabila kami melihat awan yang membentuk tulisan ALLAH lebih kurang daripada 2 minit. Kejadian yang berlaku ini pastinya ada maksud atau hikmah yang tersembunyi. Semuga apa yang berlaku ini akan menambah keimanan kepada Allah, Amar Makruf Nahi Mungkar. Allahummaghfirlana Waliwalidaina. Innahu huwal ghafurrurrahiim.

Jom naik keretapi

Wednesday, October 28, 2009

HIV Berhati-hati

SALAM....berwaspada!!!!!

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ...

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihanpenagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yangterjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasasesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dannota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' .Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkanpenyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betultempat mengembalikan wang syiling, mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head
Dept. of Chemical Pathology
School of Medical SciencesUSM,
Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .

Tuesday, October 27, 2009

Pokok Kucing Galak



Pokok ini memang elok untuk merawat kucing yang sakit, kerajaan Negeri perlis pun sedang buat kajian apakah khasiat pokok ini untuk manusia. Saya teringat kembali, belasan tahun yang lalu, kawan saya mencabut pokok ini dan diletakkan berhampiran dengan kucing, padanlah ia dinamakan kucing galak, tumpuan utama kucing adalah pada bahagian akar pokok tersebut.

Hilangkan panas badan...

Untuk demam panas atau hilangkan panas badan.

1. Al fatihah 1X
2. Ayatul Kursi 1X
3. Al Ikhlas 1X
4. Al Falaq 1X
5. An Nas 1X
6. Al Kautsar 3X
7. Do’a Bismillah 1X
8. Selawat 1X
9. Berdoa kepada Allah minta kesembuhan.

Hembuskan pada air secukupnya segelas/semangkuk/sebekas buat minum sedikit dan
sapukan/ratakan air tadi juga pada kepala, muka dan seluruh tubuh badan.

* Terdapat pelbagai kaedah dalam ikhtiar untuk merawat. Seperti minumlah ENO... dsb...
hehehe...

SWOT Analysis



SWOT analysis is a tool for auditing an organization and its environment. It is the first stage of planning and helps marketers to focus on key issues. SWOT stands for strengths, weaknesses, opportunities, and threats. Strengths and weaknesses are internal factors. Opportunities and threats are external factors. At the bottom of this page are FREE SWOT examples - so please read on.

Strengths and weaknesses are internal factors. For example:

A strength could be:
your specialist marketing expertise.
a new, innovative product or service
location of your business
quality processes and procedures
any other aspect of your business that adds value to your product or service.

A weakness could be:
lack of marketing expertise
undifferentiated products or services (i.e. in relation to your competitors)
location of your business
poor quality goods or services
damaged reputation
Opportunities and threats are external factors. For example:

An opportunity could be:
a developing market such as the Internet.
mergers, joint ventures or strategic alliances
moving into new market segments that offer improved profits
a new international market
a market vacated by an ineffective competitor

A threat could be:
a new competitor in your home market
price wars with competitors
a competitor has a new, innovative product or service
competitors have superior access to channels of distribution
taxation is introduced on your product or service

A word of caution, SWOT analysis can be very subjective. Do not rely on it too much. Two people rarely come-up with the same final version of SWOT. TOWS analysis is extremely similar. It simply looks at the negative factors first in order to turn them into positive factors. So use it as guide and not a prescription.

Simple rules for successful SWOT analysis
be realistic about the strengths and weaknesses of your organization
analysis should distinguish between where your organization is today, and where it could be in the future be specific. Avoid grey areas. always analyse in relation to your competition i.e. better than or worse than your competition keep your SWOT short and simple. Avoid complexity and over analysis

SWOT is subjective.
Once key issues have been identified, they feed into marketing objectives. It can be used in conjunction with other tools for audit and analysis, such as PEST analysis and Porter's Five-Forces analysis. It is a very popular tool with marketing students because it is quick and easy to learn. During the SWOT exercise, list factors in the relevant boxes. It's that simple.

Monday, October 26, 2009

Bismillah Enam



Terjemahan Bismillah Enam
...
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim''

Komen Mufti Rusia

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Thursday, October 22, 2009

Tanda Kebesaran Allah & Peringatan Kepada Manusia






Ayat al-Quran pada kulit bayi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Wednesday, October 21, 2009

Bunga Bakawali





Bunga ini diperkatakan akan kembang tepat jam 12 tgh malam.
Wallahu 'Aklam.

Syeikh Hasan Al-Bana

Syeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.

Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.

Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh.

Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.

Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:

1. Membentuk peribadi Muslim
2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam
3. Cara hidup kampung Islam
4. Menuju kepada negeri Islam
5. Menuju kepada pemerintahan Islam.

Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.

Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.

Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.

Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.”Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.

Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.

Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

POSTED BY IBNUHASAN AT 21.10.09

Tuesday, October 20, 2009

Lapang Dada

Rasulullah pernah ditanya mengenai Lapang Dada, Rasulullah bersabda : Sesungguhnya apabila Nur itu jatuh menerpai kedalam hati nescaya rasa lega dan lapanglah dadanya.

Monday, October 19, 2009

Kerja ikut peraturan ke arahan?







Silat Terbang







Amalan Baik, perlaksanaannya???

  • Amalan kenduri arwah beberapa hari selepas kematian. mengikut amalan masyarakat kita, keluarga si mati akan buat kenduri dan masak untuk tetamu yang hadir ke majlis itu. sepatutnya orang lainlah yang tolong masak dan adakan kenduri untuk keluarga si mati. keluarga si mati kan masih berada dalam kesedihan. lagi pula dikhuatiri kalau2 tetamu itu makan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati untuk anak2nya.
  • Amalan menghadiri walimatul urus, tetamu yang datang membawa wang untuk disedekahkan kepada keluarga pengantin. malu rasanya kalau pergi tanpa membawa wang. kalau tak ada wang, rela untuk tidak pergi, takut malu. tetapi bila menghadiri kenduri arwah, tidak pula dihulurkan wang sebagi sedekah mungkin untuk meringankan sedikit beban keluarga si mati. tidak malu pula menghadiri kenduri arwah tanpa membawa wang
  • Apabila menghadiri majlis keraian, majlis pemimpin besar2, pakai cantik2. bergaya. baju mewah. tapi bila solat, pakaian pun comot, tak bersih. tak wangi. terbalik kan?
  • Kalau kita jadi tetamu, segan nak makan makanan yang dihidangkan sampai habis. entah apa yang dimalukan. sedangkan yang sepatutnya adalah sebaliknya. apabila tetamu makan makanan yang dihidangkan, tuan rumah pasti akan gembira.
  • Kalau bersolat sunat (atau apa2 amalan sunat lain) kat masjid bukan main rajin lagi. tapi kat rumah, nak solat sunat sekali pun susah. sepatutnya amalan sunat diperbanyakkan di rumah supaya kita tidak riak. yelah, kalau kat masjid, bila orang nampak kita rajin solat sunat, khuatir pula kalau jadi riak. bukankah amalan yang kita lakukan tidak boleh riak.
  • Apabila bulan puasa tiba, sepatutnya kita mengawal nafsu kita. bukan sahaja mengawal nafsu dari makan atau minum sahaja. tapi dari segala sudut. tapi bila bulan puasa, tahap perbelanjaan semakin meningkat dan tidak terkawal. terdorong untuk berbelanja apabila inginkan sesuatu. sepatutnyakan bulan puasa la nak berjimat cermat.
  • Amalan membuat kenduri sebelum pergi menunaikan haji. sepatutnya, kenduri doa selamat diadakan selepas orang itu selamat pulang dari bermusafir. doa selamat tanda kesyukuran kerana orang itu telah selamat pulang setelah sekian lama bermusafir dan berjaya mengharungi segala ujian yang melanda semasa bermusafir.
  • Ibu bapa risau apabila anak2 tidak lulus peperiksaan, tidak pandai membaca atau tidak tahu menulis. sibuk hantar anak ke kelas tambahan untuk memantapkan lagi otak anak2. tapi bila anak tak tahu mengaji Quran, tak tahu solat, tidak pulak sibuk suruh anak belajar sedangkan mengaji Quran dan solat itu wajib dipelajari.
  • Kalau hujan lebat, ribut petir, penat atau sakit sekalipun, kerja kena pergi. kalau tak pergi, nanti gaji sikit. kena marah dekat bos dan lain2. tapi kalau ke rumah Allah, malas pula nak pergi. berbagai alasan diberi. tidak pula rasa malu pada Yang Maha Pencipta.
  • Si isteri, bila nak keluar rumah, melawa. pakai cantik2. mesti nak wangi2. berhias dan segala macam lagi. tapi bila kat rumah depan suami, tidak pula melawa. yelah, dekat rumah sahaja. buat apa nak melawa. sedangkan yang dituntut adalah berpakaian cantik dan berhias adalah untuk pandangan suami. bukannya orang luar. kadang2 sebab2 macam ni la buat rumahtangga tu goyah.

    *Sumber dari Blog Aimi Nadia, norazizul-mohamad.blogspot.com, gayapeneroka.blogspot.com

Wednesday, October 14, 2009

Product Life Cycle


The Product Life Cycle (PLC) is based upon the biological life cycle. For example, a seed is planted (introduction); it begins to sprout (growth); it shoots out leaves and puts down roots as it becomes an adult (maturity); after a long period as an adult the plant begins to shrink and die out (decline).
In theory it's the same for a product. After a period of development it is introduced or launched into the market; it gains more and more customers as it grows; eventually the market stabilises and the product becomes mature; then after a period of time the product is overtaken by development and the introduction of superior competitors, it goes into decline and is eventually withdrawn. However, most products fail in the introduction phase. Others have very cyclical maturity phases where declines see the product promoted to regain customers.
Strategies for the differing stages of the Product Life Cycle
Introduction
The need for immediate profit is not a pressure. The product is promoted to create awareness. If the product has no or few competitors, a skimming price strategy is employed. Limited numbers of product are available in few channels of distribution.

Growth
Competitors are attracted into the market with very similar offerings. Products become more profitable and companies form alliances, joint ventures and take each other over. Advertising spend is high and focuses upon building brand. Market share tends to stabilise.

Maturity
Those products that survive the earlier stages tend to spend longest in this phase. Sales grow at a decreasing rate and then stabilise. Producers attempt to differentiate products and brands are key to this. Price wars and intense competition occur. At this point the market reaches saturation. Producers begin to leave the market due to poor margins. Promotion becomes more widespread and use a greater variety of media.

Decline
At this point there is a downturn in the market. For example more innovative products are introduced or consumer tastes have changed. There is intense price-cutting and many more products are withdrawn from the market. Profits can be improved by reducing marketing spend and cost cutting.
Problems with Product Life Cycle
In reality very few products follow such a prescriptive cycle. The length of each stage varies enormously The decisions of marketers can change the stage, for example from maturity to decline by price-cutting. Not all products go through each stage. Some go from introduction to decline. It is not easy to tell which stage the product is in. Remember that PLC is like all other tools. Use it to inform your gut feeling

Doa Solat Dhuha

Tuesday, October 13, 2009

Durian Jenis Apa Nih?











MPV Produa









Monday, October 12, 2009

Ikhtiar Melembutkan Hati


Semuga bermunafaat kepada tuan/puan. Usahakan dengan penuh keyakinan dan bertawakkal kepada Allah dengan jitu. Usaha perlu istiqamah, jangan cepat berputus asa atau mahukan hajat yang kita inginkan tercapai sekelip mata. Sebaiknya gunakan Air Zam-Zam, atau Air Hujan Malam Jumaat.

Tanda Kematian

TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidakakan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akanperlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di manakita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokanharinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan menyebut nama Allah berterusan dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan2lah sesama kita

Wallahu 'Aklam

Ansoff's Matrix Strategies



Ansoff's Matrix - Planning for Growth

This well known marketing tool was first published in the Harvard Business Review (1957) in an article called 'Strategies for Diversification'. It is used by marketers who have objectives for growth. Ansoff's matrix offers strategic choices to achieve the objectives. There are four main categories for selection.

Market Penetration
Here we market our existing products to our existing customers. This means increasing our revenue by, for example, promoting the product, repositioning the brand, and so on. However, the product is not altered and we do not seek any new customers.

Market Development
Here we market our existing product range in a new market. This means that the product remains the same, but it is marketed to a new audience. Exporting the product, or marketing it in a new region, are examples of market development.

Product Development
This is a new product to be marketed to our existing customers. Here we develop and innovate new product offerings to replace existing ones. Such products are then marketed to our existing customers. This often happens with the auto markets where existing models are updated or replaced and then marketed to existing customers.

Diversification
This is where we market completely new products to new customers. There are two types of diversification, namely related and unrelated diversification. Related diversification means that we remain in a market or industry with which we are familiar. For example, a soup manufacturer diversifies into cake manufacture (i.e. the food industry). Unrelated diversification is where we have no previous industry nor market experience. For example a soup manufacturer invests in the rail business.

Ansoff's matrix is one of the most well know frameworks for deciding upon strategies for growth.

BIODIESEL

Biodiesel production of various types fuel already present in the world market. Several country in European Union has using palm oil biofuel for transportation, industrial and Commercial Train with good achievement. Further than that, European Union country immediately doing the research and development. Biodiesel has been produced in European Union since 1992 and the beginning of the large increases in bidodiesel production in Europe was 1993. In this moment there are approximately 40 plants mainly located in Germany, Italy, and France. European Union which is among to biodiesel produces and the total of production will being increased more than 2.4 million tons in 2005. Germany is the largest producer of biodiesel not only in European Union but in the world. Germany biodiesel production is expanded to 40% yearly expected
amount of 2.24 billion tons in 2006. European Union have being imported crude palm oils from Asian country because the price of palm oil is to cheapest than vegetable oil and soy oil. “Asian palm oil exporters could supply up 20% of the European Union biodiesel needs by 2010, as the bloc’s hastens steps to curb fossil fuel use and limit Greenhouse gas emissions. Such as scenario would mean bigger imports from Malaysia and Indonesia, according to Pascal Corgels, director general of the European vegetable oils federation (Fediol)”.

America (USA) is the biggest oil consumer in the world and imported the oil from Middle East, Mexico and others oil produces. For this reason, America (USA) goverment giving subsidization for an oil 9 billion to 17 billion per year. Now American has an alternative source to the oil consumer, therefore America had been produced a biodiesel for their own usage. After many years of research and development, the first commercial unit was established by the company in December 2000. Since then additional projects have been completed by Biodiesel Industries with qualified joint venture partners in the United States and throughout the world. “Currently around 30 million gallon of biodiesel are produced in the year with a total potential biodiesel production capacity estimated at around 150 million gallons per year. More than 200 retail pumps have opened nationwide and biodiesel is still mostly used by centrally fuel fleets”.

5 Perkara

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

وجه جميل 1:wajah yang cantik
فلوس بالملاين 2:duit yang banyak
صحة قوية 3:kesihatan yang baik
اولاد شاطرين وفالحين مثلنا 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آيةsampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Semoga mendapat manfaat

Friday, October 9, 2009

Iman Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

Bagaimana dengan Iman Manusia??? Fikir-fikirkanlah... Tepuk Dada Tanya Iman...

Barangan Mistik

Saya pernah membeli objek berukuran 1cm berharga RM40 di Pasar Minggu Kuala Lipis, penjualnya daripada Sarawak (Haji Safri), beliau sedang memotong objek tersebut semasa saya berada dilokasi perniagaan beliau. Beliau bertanyakah adakah saya berminat? Sebab yang di potong itu adalah tempahan daripada anggota PDRM. Beliau tidaklah memujuk atau berceloteh panjang agar saya memberi barangan tersebut. Kegunaannya adalah untuk menawar bisa. Maka saya pun membeli objek yang berwarna merah (Bukan Batu Cincin).., untuk makluman tuan/puan selepas beliau memotong objek tersebut, beliau meminta saya menghindu bau uojek tersebut, hanya berbau hangit sedikit sebab digergaji. Selepas pembelian saya dengan AKAD beliau berpesan kepada saya, andainya terasa kelainan sila hubungi beliau.

Setelah pulang kerumah, saya melihat objek tersebut, baunya amat harum, bila dipegang akan melekat bau wangi tersebut. Di tempat kerja saya menunjukkan kepada rakan-rakan, hinggakan mereka mengatakan objek tersebut semacam ibu minyak atar. Jadinya saya meletakkan objek tersebut kedalam poket bila keluar bertugas sebab pakaian menjadi wangi, bukan untuk sebab lain. Erm tak sampai seminggu pun.., bolih hilang begitu sahaja..., bukan rezeki saya kot.., Objek tu apa yea??? Hehehe.., Paruh Burung Kenyalang..., yang berwarna merah hati.

Bab benda pelik ni, memang banyak kat Sarawak, Kelubi Batu.. dsbnya.., sahabat baik saya saudara Hendrick (Melanau) tunjukkan kepada saya.., seperti sejenis kayu yang diletakkan dibawah lidah atau digigit sedikit, cili pun rasa tak pedas, garam rasa tawar.., erm objek inilah yang digunakan olih Ketua Rumah Panjang semasa perayaan Hari Gawai..., sebab itu beliau relak je minum air tuak (tapai) sebanyak mana pun. Itu untuk Non Muslim..., bagi kita yang Muslim nih.. yang memabukkan tetap haram hukumnya. Objek tu apa yea??? Hehehe... Biarlah Rahsia...

Wallahu 'Aklam.

Thursday, October 8, 2009

Kejohanan Motocross Enduro di Benta, Pahang.

Peminat sukan bermotor, khususnya Motocross, datanglah beramai-ramai ke Tasik Burung Mandi, Kemahang, Benta, Pahang pada 9-11/Oktober, 2009. Litar ini amat menarik dan mencabar disebabkan litar semulajadi. Kebiasaannya ramai peserta daripada luar negara menyertai pertandingan ini.

Tuesday, October 6, 2009

Langganlah Streamyx Dan Menang Besar...


Langgan Streamyx dan menang besar!

Bermula September sehingga 31 Disember 2009, anda akan berpeluang memenangi TV LCD 42 inci atau 32 inci apabila anda melanggan Streamyx di mana-mana cawangan TMpoint seluruh negara.

Anda hanya perlu mengisi borang pertandingan di laman web portal TMpoint, http://tmpoint.tm.com.my selepas akaun anda diaktifkan (minimum tiga hari). Permohonan dengan slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! *Bergantung kepada Terma dan Syarat.

Jadi apa yang anda nantikan? Jom Streamyx!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Telekom Sales and Services Sdn Bhd (TSSSB) di 03 22971209/ 1221/ 1337/ 1331.

Terima kasih.

Monday, October 5, 2009

Ikhtiar Merawat...


Sukacita saya ingin kongsi ilmu dengan tuan/puan yang mengunjungi blog ini, perkongsian ilmu olih sahabat saya Abang Audit (Bintulu). Semuga memberi munafaat kepada semua.
Baca Al-Fatehah (7X), Selawat Syifa' (7x) & Doa seperti di atas (7X).
Pastu tuan/puan berdoalah kepada Allah... nyatakan hajat tuan/puan dalam doa tersebut.
La ni (sekarang ini) saya turut menggunakan kaedah, mengikut nasihat yang diberi olih Tok Belagak (Darul SAKA), ruqyah & berdoa pada air tanpa buka tudung/penutup botol.
Wallahu 'Aklam.

Talqin

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai ...... Bin/Binti ......(IBU),wahai ........ Bin/Binti ......(IBU),wahai ....... Bin/Binti .......(IBU), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai ....... Bin?Binti........(IBU), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai ........ Bin/Binti .......(IBU), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai ....... Bin/Binti .......(IBU) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai ....... Bin/Binti.......(IBU), bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Kaedah Merawat Mistik

Terdapat pelbagai kaedah atau teknik rawatan yang digunakan olih para perawat dalam usaha/ikhtiar untuk membantu pesakit.

Paling penting adalah niat, doa, keyakinan yang jitu dan pengharapan kita kepada Allah. Teknik & Bacaan Ayat Al-Quran, Selawat, Doa dsbnya adalah cara kita berikhtiar/berusaha untuk membantu pesakit.

Kaedah alternatif yang sering digunakan olih ramai perawat adalah TRO (Teknik Rotan Objek) dan TKR (Teknik Kembara Rawat). Jalan penyelesaian yang Allah kurniakan kepada perawat kadangkala berbeza walaupun menggunakan kaedah yang sama.

Pengalaman saya sendiri semasa merawat, menggunakan ayat Al-Quran yang diajar olih Guru saya (Ustaz Tarmizy), iaitu teknik pancaran kilat/lintar pukulan jarak jauh, bolih digunakan untuk mengesan kedudukan makhluk di dalam tubuh pesakit & menyedarkan pesakit dari pengsan, kuncinya adalah niat, doa dan pengharapan kepada Allah, inilah pesan daripada Guru saya, Yang Dikasihi Ustaz Abdul Majid Hassan (AKRINE).

Wallahu 'Aklam.

Friday, October 2, 2009

Scan Pesakit

Untuk scan moden kenalah gi Hospital, Klinik. Scan bab penyakit yang tidak dapat dikesan olih perubatan moden, bolihlah digunakan kaedah alternatif, itupun kalau mereka percaya.

Kaedah scan yang saya gunakan sekarang lebih kepada nasihat, bacakan Khutbah Jin atau An-Nida' (Bolih dapatkan di Blog RAINS).. saya ikut nasihat Guru saya Ustaz Abdul Majid agar lebih berdiplomasi. Kita cakap molek-molek. Beritahu makhluk tersebut bab Syurga dan Neraka, kalau pening nak cari ayat kat mana, baca Surah Al-Waqiah... (Guna Tafsir Al-Quran) lebih Aula, tahu makna sikit. Pastu tuan/puan suruh makhluk tu semua berkumpul di hujung kaki, baca surah An.Namlu ayat 30-31..., InsyaAllah makhluk akan beri kerjasama. Kalau nampak nak ganas, Guru saya, Ustaz Tarmizy ajar... baca Bismillah (50X) niat minta Allah tenteramkan makhluk tersebut. Suruhlah dia keluar dengan penuh ketaatan kepada Allah, bukan dengar cakap kita. kang jadi ujub pula.. tak pasal-pasal dapat panggu (habuan). Andai masih brutal.. bawalah jumpa perawat, atau tuan/puan pergilah kursus, bolih bantu keluarga sendiri atau sahabat handai.

Bagi saya yang nampak cam nak brutal tu, saya ikut nasihat Ustaz Abdul Majid, minta Allah tidurkan dia. Paling aula yakin doa kita Allah makbulkan, bukankah Allah telah berfirman (Mohonlah kepada AKU nescaya AKU perkenankan).

Wallahu 'Aklam.

p/s: InsyAllah, saya akan mengadakan Kursus Rawatan Di Bukit Fraser. Nawaitu saya untuk kongsi Ilmu dan menjadi bekalan saya di akhirat nanti.