Terdapat pelbagai kaedah atau teknik rawatan yang digunakan olih para perawat dalam usaha/ikhtiar untuk membantu pesakit.
Paling penting adalah niat, doa, keyakinan yang jitu dan pengharapan kita kepada Allah. Teknik & Bacaan Ayat Al-Quran, Selawat, Doa dsbnya adalah cara kita berikhtiar/berusaha untuk membantu pesakit.
Kaedah alternatif yang sering digunakan olih ramai perawat adalah TRO (Teknik Rotan Objek) dan TKR (Teknik Kembara Rawat). Jalan penyelesaian yang Allah kurniakan kepada perawat kadangkala berbeza walaupun menggunakan kaedah yang sama.
Pengalaman saya sendiri semasa merawat, menggunakan ayat Al-Quran yang diajar olih Guru saya (Ustaz Tarmizy), iaitu teknik pancaran kilat/lintar pukulan jarak jauh, bolih digunakan untuk mengesan kedudukan makhluk di dalam tubuh pesakit & menyedarkan pesakit dari pengsan, kuncinya adalah niat, doa dan pengharapan kepada Allah, inilah pesan daripada Guru saya, Yang Dikasihi Ustaz Abdul Majid Hassan (AKRINE).
Wallahu 'Aklam.