- Amalan kenduri arwah beberapa hari selepas kematian. mengikut amalan masyarakat kita, keluarga si mati akan buat kenduri dan masak untuk tetamu yang hadir ke majlis itu. sepatutnya orang lainlah yang tolong masak dan adakan kenduri untuk keluarga si mati. keluarga si mati kan masih berada dalam kesedihan. lagi pula dikhuatiri kalau2 tetamu itu makan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati untuk anak2nya.
- Amalan menghadiri walimatul urus, tetamu yang datang membawa wang untuk disedekahkan kepada keluarga pengantin. malu rasanya kalau pergi tanpa membawa wang. kalau tak ada wang, rela untuk tidak pergi, takut malu. tetapi bila menghadiri kenduri arwah, tidak pula dihulurkan wang sebagi sedekah mungkin untuk meringankan sedikit beban keluarga si mati. tidak malu pula menghadiri kenduri arwah tanpa membawa wang
- Apabila menghadiri majlis keraian, majlis pemimpin besar2, pakai cantik2. bergaya. baju mewah. tapi bila solat, pakaian pun comot, tak bersih. tak wangi. terbalik kan?
- Kalau kita jadi tetamu, segan nak makan makanan yang dihidangkan sampai habis. entah apa yang dimalukan. sedangkan yang sepatutnya adalah sebaliknya. apabila tetamu makan makanan yang dihidangkan, tuan rumah pasti akan gembira.
- Kalau bersolat sunat (atau apa2 amalan sunat lain) kat masjid bukan main rajin lagi. tapi kat rumah, nak solat sunat sekali pun susah. sepatutnya amalan sunat diperbanyakkan di rumah supaya kita tidak riak. yelah, kalau kat masjid, bila orang nampak kita rajin solat sunat, khuatir pula kalau jadi riak. bukankah amalan yang kita lakukan tidak boleh riak.
- Apabila bulan puasa tiba, sepatutnya kita mengawal nafsu kita. bukan sahaja mengawal nafsu dari makan atau minum sahaja. tapi dari segala sudut. tapi bila bulan puasa, tahap perbelanjaan semakin meningkat dan tidak terkawal. terdorong untuk berbelanja apabila inginkan sesuatu. sepatutnyakan bulan puasa la nak berjimat cermat.
- Amalan membuat kenduri sebelum pergi menunaikan haji. sepatutnya, kenduri doa selamat diadakan selepas orang itu selamat pulang dari bermusafir. doa selamat tanda kesyukuran kerana orang itu telah selamat pulang setelah sekian lama bermusafir dan berjaya mengharungi segala ujian yang melanda semasa bermusafir.
- Ibu bapa risau apabila anak2 tidak lulus peperiksaan, tidak pandai membaca atau tidak tahu menulis. sibuk hantar anak ke kelas tambahan untuk memantapkan lagi otak anak2. tapi bila anak tak tahu mengaji Quran, tak tahu solat, tidak pulak sibuk suruh anak belajar sedangkan mengaji Quran dan solat itu wajib dipelajari.
- Kalau hujan lebat, ribut petir, penat atau sakit sekalipun, kerja kena pergi. kalau tak pergi, nanti gaji sikit. kena marah dekat bos dan lain2. tapi kalau ke rumah Allah, malas pula nak pergi. berbagai alasan diberi. tidak pula rasa malu pada Yang Maha Pencipta.
- Si isteri, bila nak keluar rumah, melawa. pakai cantik2. mesti nak wangi2. berhias dan segala macam lagi. tapi bila kat rumah depan suami, tidak pula melawa. yelah, dekat rumah sahaja. buat apa nak melawa. sedangkan yang dituntut adalah berpakaian cantik dan berhias adalah untuk pandangan suami. bukannya orang luar. kadang2 sebab2 macam ni la buat rumahtangga tu goyah.
*Sumber dari Blog Aimi Nadia, norazizul-mohamad.blogspot.com, gayapeneroka.blogspot.com
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira