1. Surah At Taubah ayat 51
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَـنَاۤ اِلَّا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَـنَا ۚ هُوَ مَوْلٰٮنَا ۚ وَعَلَى اللّٰهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُوْنَ
qul lay yushiibanaaa illaa maa kataballohu lanaa, huwa maulaanaa wa 'alallohi falyatawakkalil-mu`minuun
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal."
(QS. At-Taubah 9: Ayat 51)
2. Surah Yunus ayat 107
وَاِ نْ يَّمْسَسْكَ اللّٰهُ بِضُرٍّ فَلَا كَا شِفَ لَهٗۤ اِلَّا هُوَ ۚ وَاِ نْ يُّرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَآ دَّ لِفَضْلِهٖ ۗ يُصِيْبُ بِهٖ مَنْ يَّشَآءُ مِنْ عِبَا دِهٖ ۗ وَهُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
wa iy yamsaskallohu bidhurrin fa laa kaasyifa lahuuu illaa huw, wa iy yuridka bikhoirin fa laa rooodda lifadhlih, yushiibu bihii may yasyaaa`u min 'ibaadih, wa huwal-ghofuurur-rohiim
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(QS. Yunus 10: Ayat 107)
3. Surah Hud ayat 6
وَمَا مِنْ دَاۤ بَّةٍ فِى الْاَ رْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَ يَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
wa maa min daaabbatin fil-ardhi illaa 'alallohi rizquhaa wa ya'lamu mustaqorrohaa wa mustauda'ahaa, kullun fii kitaabim mubiin
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(QS. Hud 11: Ayat 6)
4. Surah Hud ayat 56
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ بِۢنَا صِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَا طٍ مُّسْتَقِيْمٍ
innii tawakkaltu 'alallohi robbii wa robbikum, maa min daaabbatin illaa huwa aakhizum binaashiyatihaa, inna robbii 'alaa shiroothim mustaqiim
" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."
(QS. Hud 11: Ayat 56)
5. Surah Al Ankabut ayat 60
وَكَاَ يِّنْ مِّنْ دَآ بَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا ۖ اللّٰهُ يَرْزُقُهَا وَاِ يَّا كُمْ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
wa ka`ayyim min daaabbatil laa tahmilu rizqohallohu yarzuquhaa wa iyyaakum wa huwas-samii'ul-'aliim
"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 60)
6. Surah Al fathir ayat 2
مَا يَفْتَحِ اللّٰهُ لِلنَّا سِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۚ وَمَا يُمْسِكْ ۙ فَلَا مُرْسِلَ لَهٗ مِنْۢ بَعْدِه ۗ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
maa yaftahillaahu lin-naasi mir rohmatin fa laa mumsika lahaa, wa maa yumsik fa laa mursila lahuu mim ba'dih, wa huwal-'aziizul-hakiim
"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(QS. Fatir 35: Ayat 2)
7. Surah Az Zumar ayat 38
وَلَئِنْ سَاَ لْتَهُمْ مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضَ لَيَـقُوْلُنَّ اللّٰهُ ۗ قُلْ اَفَرَءَيْتُمْ مَّا تَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اِنْ اَرَا دَنِيَ اللّٰهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهٖۤ اَوْ اَرَا دَنِيْ بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكٰتُ رَحْمَتِهٖ ۗ قُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ ۗ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُوْنَ
wa la`in sa`altahum man kholaqos-samaawaati wal-ardho layaquulunnalloh, qul a fa ro`aitum maa tad'uuna min duunillaahi in aroodaniyallohu bidhurrin hal hunna kaasyifaatu dhurrihiii au aroodanii birohmatin hal hunna mumsikaatu rohmatih, qul hasbiyalloh, 'alaihi yatawakkalul-mutawakkiluun
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri."
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 38)
***************************************************
Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh
Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:
Penangkal Sihir
Menyerikan wajah
Ditunaikan segala hajat
Membawa keberkatan
Dicatat pahala yang banyak
Dijauhkan dari gangguan iblis
Terpelihara dari tipu daya musuh
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.
Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.
Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.
Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.
Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.
Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
(Posted by; shafiqolbu)