Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, October 12, 2019

Sebelum angkat takbir bacalah....

Bacaan ketika berdiri sebelum Angkat Takbir. Selepas baca Surah Al-lkhlas dll.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
رَّبِّ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ هَمَزٰتِ الشَّيٰطِيْنِ
وَاَ عُوْذُ بِكَ رَبِّ اَنْ يَّحْضُرُوْنِ


وَقُلْ رَّبِّ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ هَمَزٰتِ الشَّيٰطِيْنِ ۙ 
wa qur robbi a'uuzu bika min hamazaatisy-syayaathiin

"Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan"
(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 97)

وَاَ عُوْذُ بِكَ رَبِّ اَنْ يَّحْضُرُوْنِ
wa a'uuzu bika robbi ay yahdhuruun

"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."
(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 98)