Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, December 12, 2009

Terima email tanpa dokumen.

Pada pagi semalam saya telah menerima email daripada seorang pesakit yang telah dirawat olih sahabat saya Pak Njang Ya pada malam Jumaat yang lalu, beliau maklumkan kepada saya ketika beliau pulang daripada dirawat semasa dalam perjalanan balik beliau telah diganggu semula. Beliau minta jasa baik saya untuk memberikan amalan untuk beliau lakukan sebagai Tahsen/Amalan pelindung diri. Sebelum ini pun saya dah pernah berikan pelbagai amalan kepada beliau untuk diamalkan.

Dalam perjalanan saya ke Gua Musang untuk menziarahi Guru, saya terima sms daripada beliau mengatakan dah terima email dokumen kosong. Beliau cuba buka beberapa kali namun tetap tiada. Apabila saya telah berada dirumah Guru, Saya menelefon beliau tetapi tiada jawapan, tidak berapa lama kemudian beliau telah menelefon saya, ditakdirkan Allah bila saya tanya pada beliau dah OK? Beliau maklumkan dokumen tiba-tiba ada. Terus beliau berkata kepada saya "Nak terima keilmuan pun masih diganggu". Agakan saya dokumen tersebut mungkin ada, tetapi penglihatan beliau mungkin diganggu. Tetapi yang kat sebelah pun tak nampak juga? Camno yea? Nampak pelik tapi benar.

Wallahu 'Aklam.