Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, December 12, 2009

Kenapa berhenti merawat?

Alhamdulillah, semalam saya dan sahabat diizinkan Allah dapat menziarahi Guru saya di Gua Musang, Kelantan. Lebih mengembirakan dapat bertemu dengan Ustaz Wan (RAINS) yang datang bersama Ustaz Fakhrudin (RAINS), memang dah lama saya merancang untuk ketemu Ustaz Wan. Orang muda diizinkan Allah berolih keilmuan yang istimewa, melihat pada personaliti beliau, tidaklah menghairankan beliau berolih kurniaan Allah.

Banyak nasihat yang saya perolehi dari Guru saya nih, bila muhasabah diri terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan, semuga Allah mengampuni dosa-dosa yang saya sedari atau tidak sedari. Berolih gerak hati untuk menghentikan rawatan kepada orang ramai, Alhamdulillah memang tepat tindakan saya, banyak perkara yang saya perlu perbaiki. tetapi dalam keadaan emergency, Guru minta saya merawat. Sebenarnya semasa saya meminta nasihat sebelum ini untuk berhenti merawat, banyak nasihat yang telah beliau berikan.

Saya nekad dengan keputusan disebabkan untuk memperbaiki kekurangan diri saya terlebih dahulu dan menumpukan keilmuan yang beliau telah ijazahkan kepada saya. Keilmuan yang lebih menjurus kepada redho Allah, bukan kesaktian. Diajar kaedah bagaimana untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan tertentu dengan cara mengadap guru, bukan ambil secara mudah samada pembacaan atau sekadar mendengar ceramah.

Pada sahabat-sahabat saya yang melakukan rawatan, perkara utama yang kena jaga adalah, MINDSET sebelum merawat dan selepas merawat. Ramai perawat yang alpa bab ini. Bab kefahaman dan keyakinan pada ayatul Quran, kena hati-hati kerana berkaitan Aqidah. Cuma nasihat saya kepada tuan/puan, yakinlah pada Ayat Allah yang kita baca untuk ruqyah sebab ia adalah Kalamullah, yang menyembuhkan ALLAH, hak mutlak ALLAH tetapi Asbab kita membaca ayat tersebut dan berdoa kepada Allah maka usaha dan ikhtiar kita di makbulkan ALLAH.

Wallahu 'Aklam.