Hari Sabtu yang lepas, saya bersama family menghadiri Majlis Hari Keluarga Anajuran Majikan di Tekam Plantation Resort. Lokasinya tidak berapa jauh daripada Simpang Jengka, Maran dari arah Jerantut. Memang sesuai untuk mengadakan program Hari keluarga dsbnya. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Saya bersama family menginap disebuah Chalet No.29
Amat memuaskan hati, nak jadi hal.. erm Air-Cond tiba-tiba bermasalah, saya pun menelefon pihak yang berkenaan, Alhamdulillah, masalah diselesaikan dengan cepat dan tepat. Tahniah kepada pihak Tekam Plantation Resort.
Malam itu, erm tidur cukup selesa tanpa gangguan kenderaan. Tanya pada kawan-kawan semuanya mengakui memang selesa. pastu kalau yang minat berenang, tak ada masalah, sebab ada Kolam Renang, waktu yang paling best mengunjungi Resort berkenaan adalah Musim Buah-Buahan.