Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, December 19, 2009

Menghadiri MIPA


Sudah banyak hari saya tidak melakukan catatan atau coretan disebabkan sibuk dengan tugas harian. Semalam saya telah dikunjungi olih sahabat perawat RAINS (Ustaz Fakhrudin & Ustaz Wan Khairul Azmi), mereka dalam perjalanan ke Kuang, Selangor untuk menghadiri MIPA (Majlis Ijtima' Perawat AKRINE), Alhamdulillah dapat berkongsi keilmuan merawat dengan mereka. Pada pagi ini selepas Solat Subuh, saya bersama Ustaz Khairudin turut ke Kuang untuk menghadiri majlis tersebut. 2 jam perjalanan dari Lipis, kami pun tiba di Kuang. Ketika sampai masih belum ramai perawat yang tiba.

Amat bermakna sekali menghadiri majlis ini, mendapat amanat dan nasihat daripada Tuan Guru Ustaz Abdul Majid, perkongsian ilmu merawat dan nasihat olih perawat yang berpengalaman, lebih-lebih lagi dapat ketemu rakan perawat yang sama-sama menghadiri kursus Intensif pada tahun 2008. Lucu juga, nama kenal kat blog tetapi tak kenal rupa, makan duduk bersebelahan. Rasa terharu masa berpisah, semuga Allah izinkan kami bertemu di MIPA 2010.

Pulang daripada menghadiri MIPA, terus ke Rawang untuk bertemu Ustaz Tarmizy, Alhamdulillah, dapatlah tunjuk ajar daripada beliau tambahan teknik merawat, bila dah ada kat Rawang, jalan mudah balik ke Kuala Lipis pastinya melalui Batang Kali ke Genting Sempah.., tiba kat rumah dekat waktu Maghrib.