Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Saturday, May 7, 2011

Dulu ternak kambing sekarang???

Pusat penternakan kambing ini cukup terkenal di daerah R, semasa Tun A menjadi PM, beliau telah datang melawat ke tempat ini mungkin untuk merasmikan atau urusan lain, Wallahu A'lam. Apa yang mengejutkan saya adalah, rakan sekerja memaklumkan tempat perternakan tersebut mungkin terdapat perternakan khinzir. Beliau telah 2 kali terserempak dengan lori yang membawa khinzir untuk masuk ke pusat perternakan tersebut dan lebih malang kenderaan mereka telah terkena kencing khinzir yang amat besar ketika lori tersebut mengambil ruang untuk memasuki tempat tersebut. Apa yang ditakuti, sungai berhampiran pusat penternakan tersebut adalah sungai yang memberi bekalan air kepada penduduk bandar R. Pusat pertenakan tersebut adalah milik syarikat dari Australia.

Friday, May 6, 2011

Perkhidmatan SMS 62100

Bermula 1 Mei 2011, TM telah memperkenalkan perkhidmatan SMS 62100, yang merupakan saluran baru bagi memudahkan pelanggan menghubungi kita. Selain itu, perkhidmatan ini dijangka memberi kesan positif terhadap index TRIM.

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dibuat melalui SMS :


Sila layari laman web TM di www.tm.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan SMS 62100 atau taip HELP dan hantar ke 62100. Mari kita bersama-sama memaklumkan kepada rakan-rakan dan keluarga perkhidmatan SMS 62100 ini.

Perkhidmatan SMS 62100 ini merupakan sebagai pelengkap bagi platform, Pusat Khidmat Pelanggan TM yang lain seperti Pusat Khidmat pelanggan (100), laman web TM (www.tm.com.my) dan e-mel (help@tm.com.my).

Marilah bekerjasama dengan semangat 1TM untuk memastikan para pelanggan kekal bersama TM.

Sekian, terima kasih.

Bagi pihak Customer Service Management
Komunikasi Korporat Kumpulan
Telekom Malaysia Berhad

Tuesday, May 3, 2011

Hebatnya perawat muda

Saya amat tertarik dengan cerita sahabat saya bahawa anak saudara beliau yang menuntut di sebuah Kolej Pengajian Islam memaklumkan kepada beliau bahawa mereka telah diajar keilmuan rawatan perubatan Islam. Anak saudara beliau memaklumkan bahawa kisah yang dipaparkan di TV tidak benar dan perawat tersebut telah menipu penonton, kata beliau dalam kes merawat mereka memerlukan ramai orang untuk memegang pesakit yang kerasukan sedangkan yang dipaparkan di TV adalah sebaliknya.

Saya memaklumkan kepada beliau, perawat baru biasalah sering teruja, ada  yang merasakan keilmuan mereka sahaja yang benar dan yang lain itu penipu belaka. Mereka perlu faham, kaedah rawatan itu banyak termasuk keilmuan perawat itu sendiri. Beliau hanya mendiamkan diri, mungkin tidak bersetuju dengan pendapat saya. Nak buat camno " Wrong Channel " hehehe. Saya tidak menafikan adakalanya saya sendiri tidak menyukai akan kaedah rawatan tersebut seperti yang saya lihat di Astro Oasis kelmarin, perawat memegang tubuh pesakit berhampiran dengan bahagian sensitif wanita. Alhamdulillah, saya masih ingat pesan Guru saya supaya berhati-hati agar tidak mencemarkan nama baik rawatan Islam dan mengundang fitnah. Wallahu A'lam.

Thursday, April 28, 2011

Cuaca terlalu panas

Cuaca sekarang memang terlalu panas, cukup terasa bahangnya.., kawan saya kata ini adalah BALA dari Allah disebabkan rakyat terlalu seronok sangat dengan Fitnah yang sedang bermaharajalela di negara kita. Mereka lupa pada Al-Quran, Hadith, cakap Ulama dah tak nak ikut, hanya akan ikut yang sama dengan selera mereka. Media pun tengah dok sawan teruk sekarang ni...

Pembahagi Jalan

Tentu tuan/puan masih ingat pada thread yang lalu saya telah menceritakan mengenai kemalangan yang sering berlaku dilokasi berkenaan, sehinggakan satu malam terdapat 3 kemalangan yang menyebabkan kerosakan yang teruk dibahagian bawah kenderaan. Kini semuanya telah selesai, pembahagi jalan tersebut telah pun dibuang, kenapa? Dalam 1 kes kemalangan.. pihak Polis telah menyaman pemandu dan pemandu bertindak menyaman JKR.

Monday, April 25, 2011

Merawat Diri Sendiri

Merawat diri sendiri juga perlu seperti yang dinyatakan di blog Akrine. Saya juga pernah menggunakan kaedah membaca Surah Yasin untuk diri sendiri. Antara kaedah lain yang saya gunakan seperti menarik untuk membuang.., saya juga menggunakan kaedah pukulan. Saya menggunakan Sejadah Kecil yang saya beli di Sarawak untuk memukul bahagian anggota saya yang sakit. Minggu yang lalu saya terpaksa memukul kedua kaki saya kerana terlalu sakit sebagai ikhtiar, Alhamdulillah.. masalah selesai. Allahu Yasyfik.

Sunday, April 24, 2011

Kisah SIHIR lagi...

Dalam masa 2 minggu ini, saya sudah ketemu dengan 2 permasalahan sihir iaitu yang melibatkan SANTET dan Sihir yang menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas, merasa sedih dan menangis.

Kedua-dua pesakit telah mendapatkan rawatan modern. Pesakit SANTET telah mendapatkan rawatan menggunakan Aura dengan seorang perawat... 2 kali rawatan cas untuk memagar rumah adalah RM350. Beliau berterus terang kepada saya niat ikhlas beliau membayar RM350 sudah tiada, beliau rasa tawar hati dan telah berjumpa dengan perawat lain, alhamdulillah diberi minum air yang telah di ruqyah.

Pesakit yang kedua pula, saya cukup kasihan.. seorang ibu kepada 2 orang anak, yang sulung berusia 7 tahun adalah kana2 intimewa dan adiknya berusia 3 tahun. Semasa ibunya menerima rawatan di Hospital.. beliau dijaga olih jiran sebelah rumah. Akhirnya setelah pelbagai ujian dijalankan maka Doktor memberi kepada beliau Ubat Penenang Jiwa.

Alhamdulillah, saya memohon bantuan kawan2 saya untuk merawat kes berkenaan. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada kedua-dua pesakit. Aamiin.

Thursday, April 14, 2011

Berbual dengan kaki

Saya tertarik dengan cerita diblog olih seorang perawat hebat yang telah berguru dengan ramai Guru2 dan beliau juga dari keturunan yang mulia. Wallahu A'lam. Beliau menceritakan kisah beliau merawat pesakit yang telah ramai dirawat olih perawat AKRINE. Ayat "power" dari cerita beliau adalah mengenai kata ibu pesakit iaitu kaedah merawat yang sama iaitu berbual dengan kaki.

Kenapa perawat yang tak berapa pandai seperti saya ini menggunakan kaedah tersebut? Kaedah tersebut bukannya 100% perfect, ianya sekadar menganalisa sahaja untuk penyelesaian masalah. Contohnya kita tanya MG samada SAKA, SIHIR dsbnya. pastu minta berkumpul untuk diikhtiarkan untuk menarik keluar dari jasad pesakit dengan memohon kepada Allah, Saya menggunakan kaedah tersebut untuk mengelak kerasukan atau kesurupan. Lagipun kalau pesakit duduk berlunjuk sambil bersandar.. taklah letih sangat.., namun kalau dok berlunjur lama sangat pun.. tak baik juga.. pastinya akan mengundang sakit dibahagian tumit kaki... atau lenguh kaki.

Semuga pesakit dan keluarga tidak salah faham bab merawat menggunakan isyarat kaki.. ataupun seperti cerita kat blog perawat hebat iaitu " Berbual dengan kaki ".


Tuesday, April 12, 2011

Rindu kepada Guru

Malam tadi kebetulan berpeluang menonton program Astro Oasis, Alhamdulillah.. dapat melihat TG Ustaz Abdul Majid merawat Kes Jin Asyik & Jin Sihir. Terubat rasa rindu kepada beliau. SMS kat AKRINE, diberitahu bahawa rakaman tersebut adalah yang 4 tahun lepas. Bila keluar aje program tersebut dan ramai yang menonton, maka tak laratlah pihak AKRINE nak jawap panggilan telefon.

Bahaya Pembahagi Jalan (Road Devider)

Kepada tuan/puan yang melalui jalan Kuala Lipis - Benta haruslah berhati-hati dipersimpangan Kampung Rengai, banyak kenderaan yang dah jadi mangsa, ada yang tercabut tayar, pecah bahagian bawah injin dan pagi tadi sebuah kereta WAJA masih tersangkut di atas devider tersebut. Hairan betul, pihak yang bertanggung-jawap seolah-olah pejam mata, mungkin mereka nak tunggu sehingga berlakukanya kemalangan maut baru nak bertindak. Yang menjadi mangsa di lokasi tersebut umumnya memandu diwaktu malam, lebih-lebih lagi yang memandu laju dan suka memotong kenderaan lain di selekoh...

Tuesday, April 5, 2011

Sakit Gout?

Suami kepada sepupu isteri saya telah 15 hari asyik terbaring aje, selera makan pun dah mula tiada, bila malam pula kadangkala ada gangguan. Family jadi risau, saudara-mara dan sahabat handai kata kes SAKA. Anak dan isteri pesakit pula berkata " Orang lain pun sakit Gout juga, tetapi tidaklah seperti ini ".

Erm berborak hal keluarga melebihi rawatan, maklumlah keilmuan yang sedikit, tahu gitu2 aje. 1st guna daun sireh ikhtiar menarik bisa, ada daun pada lokasi tertentu ditakdirkan Allah menjadi layu, ada 2 lokasi yang saya nampak.

Pastu ruqyah kaedah cepat, perdengarkan ayat azab menggunakan telefon CDMA... (Bukan Handphone).. mata pesakit mula merah mula nak menangis.. keadaan perut seperti berombak... ketuk dengan jari kat lokasi Ajna.. untuk elak kesurupan (kerasukan).

Ruqyah air untuk minuman, pastu ajar family tersebut kaedah merawat pesakit, khususnya kalau buat hal tengah malam.

Semasa makan tengahari, isteri pesakit telah menyediakan Nasi Kanji/Bubur untuk suaminya, saya pun ajak makan bersama.., maka beliau pun setuju untuk makan nasi.. kasihan juga beliau hanya makan nasi dengan kuah gulai tempoyak aje. Pada mulanya beliau minta sedikit sahaja nasi, alhamdulillah.. selepas itu beliau minta tambah nasi. Seronok saya tenguk. Alhamdulillah... tapak tangan yang pucat lesi kelihatan merah kembali. Semuga Allah kurniakan kesembuhan sepenuhnya. Untuk rawatan lanjut saya pasti akan hubungi Guru dan sahabat saya dari Jema'ah Qudrah untuk membantu. Wallahu A'lam.

Tarian POCO-POCO

Selain kisah video mengarut kini turut hebuh bab tarian poco-poco, tak sedar harga minyak RON97 dah naik. Hehehe. Mufti Perak kata HARAM.. pastu ada orang cerdik pandai kata Harus... habis pakat pening kepala bolih ke tidak ni? Kepada peminat tarian poco-poco cuba lihat step/langkah tarian tu bukankah berbentuk SALIB? Dok seronok menari sampai tak perasan le pulak hehehe.

Tuan2 Puan2, toksah serabut kepala, Rasulullah dah mengajar kepada kita, bila berlaku bab bolih atau tidak, maka tindakan terbaik tinggalkan aje. Nak ikut cakap Ustaz/Ustazah ke nak ikut cakap Rasulullah?

Wallahu A'lam.

Friday, March 25, 2011

Do Not Open Message

PLEASE CIRCULATE

to your friends, family and contacts.

In the coming days, DO NOT open any message with an attachment called: BLACK MUSLIM IN THE WHITE HOUSE, regardless of who sent it to you. It is a virus that opens an Olympics torch that burns the whole hard disk C of your computer. This virus EVEN IF IT comes from a known person who you have in your list.

Directions: You should send this message to all of your contacts. It is better to receive this e-mail 25 times than to receive the virus and open it.

If you receive a message called BLACK MUSLIM IN THE WHITE HOUSE even if sent by a friend, do not open, shut down your machine immediately. It is the worst virus announced by CNN. This new virus has been discovered recently it has been classified by Microsoft as the virus most destructive ever.

This virus was discovered yesterday afternoon by McAfee.. There is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the hard disk, where vital information function is stored.

WJ

Thursday, March 24, 2011

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL )kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.

Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel callcentre@hasil.gov.my.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
http://www.hasil.gov.my/

Wednesday, March 23, 2011

Roti Terbang

Tuesday, March 22, 2011

Cerita Mistik

Cerita mistik amat digemari olih masyarakat Melayu. Peminat cerita2 Mistik tentu cukup kenal dengan nama Tamar Jalis. Siri bercakap dengan Jin cukup mendapat sambutan. Majalah Mastika juga turut terlibat menerbitkan kisah-kisah misteri dan aneh.

Kini peminat cerita mistik tidak perlu lagi membeli buku, mereka bolih melayari internet dengan berkunjung ke blog2 perawat, terdapat pelbagai cerita dan kisah yang berdasarkan pengalaman perawat.

Monday, March 21, 2011

Telur Tiruan





Bahan2 untuk membuat Telur Tiruan
  • Glucolactone
  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin

 

Tuesday, March 15, 2011

Pertukaran Nama Blog

Blog ini nama asalnya mencupu, cadangan asal nak delete aje blog mencupu, namun bila saya semak kembali isi kandungan blog mencupu, banyak yang memberi munafaat kepada saya sebagai bahan rujukan.

mencupu asalnya daripada pokok traditional yang terdapat di kampung isteri saya, sebab itulah saya meletakkan gambar buah mencupu pada blog tersebut. fazintan pula adalah hasil gabungan anak2 saya.

Sekian, harap maklum.

Saturday, March 12, 2011

Ikan Tilan

Untuk mendapatkan ikan tilan apabila memancing disungai.. umpannya adalah cacing. Bila ikan tilan makan umpan terus telan... baru bergerak.., jadinya mata kail sah dok dalam perut. saya cukup geli dengan ikan ini.. pergerakan ekor membelit tali pancing seperti ular..

Orang kata rasa daging ikan ini sedap, dimasak goreng berlada.  Kalau yanga ada penyakit bunga badan.. erm ini kita pantangya..

Bila kita dah dapat pancing ikan ini, nak memegang jadi masalah sebab licin, kelemahan ikan ini adalah dengan cara memegang menggunakan daun keladi... terus ikan ini jadi lemah. Wallahu A'lam.

Begitu juga bab ular, buluh yang dikatakan cepat melemahkan ular adalah " Buluh Lemang ". Kena sikit aje dah cukup... insyaAllah.. KO ular tersebut. Wallahu A'lam.

Friday, March 11, 2011

Penggerak

Penggerak? Erm dekat aje dengan penggera (Alarm). Keilmuan penggerak bukanlah bermaksud keilmuan untuk bagun dari tidur,  peringatan untuk tarikh/masa atau sesuatu yang penting tetapi penggerak yang saya maksudakan adalah keilmuan diamalkan olih pendekar zaman dulu untuk keselamatan daripada tipu helah serangan musuh samada secara berdepan ataupun " Pukul Curi ".

Ada kaedah amalan penggerak ini diamalkan ketika " Kilat atau Petir " sedang berdentum. maksudnya bagaimana pantasnya pergerakan petir atau kilat, begitulah pantas pergerakan pengamalnya. Wallahu A'lam.

Kaedah mudah amalan juga dilakukan ketika bangun daripada tidur dengan kaedah tertentu dengan bacaan Selawat sebanyak 3X dan amalan pergerakan pada jari. Diizinkan Allah, keilmuan yang kita amalkan itu makbul, kaedah mengenalnya adalah melalui amalan pergerakan dijari. Wallahu A'lam.

Budak2 dahulu, sekiranya mereka mengetahui ahli keluarga seperti bapa saudara, datuk mempunyai keilmuan tersebut, ketika  individu tersebut sedang tidur, bukan cam sekarang dok baring atas tilam, orang dulu2 rumah berlantai papan aje dialas dengan tikar mengkuang.., cara digolekkan guli menghala bahagian belakang, InsyaAllah... badan individu tersebut akan melentik keatas dengan sendirinya tanpa disedari olih empunya diri yang sedang tidur. Dah jadi mainan berbudak le pulak... hehehe, ini cerita dulu2 . Sekadar nak bercerita kepada generasi muda keilmuan orang dulu2.

Penggerak yang paling baik adalah, menyedarkan kita dimalam yang sunyi sepi, untuk bangun beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Wallahu A'lam.