Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, February 27, 2011

Ketahanan Tubuh Badan

Orang dulu2, selain menjaga pemakanan, mereka juga turut mengamalkan kaedah tertentu seperti mandi embun, amalan selepas bangun dari tidur dan amalan mandian.

Kaedah mandi pula mestilah mengikut bulan Islam ataupun waktu bulan naik. Mandi dengan 40 gayung/timba, iaitu 1 bulan = 3X.

Sukacita saya ingin kongsikan kaedah yang diajar olih Guru saya, semuga memberi munafaat kepada pengunjung blog mencupu. Baca ayat 20 Surah 81. (At Takwiir) sebanyak 3X, tiupkan pada tapak tangan sapu bermula di muka, kepala dan seluruh anggota yang tercapai olih tangan berakhir di kedua hujung kaki.

Untuk mandian sebaiknya berniat, " Aku mandi untuk menyehatkan tubuh badan kerana Allah Ta'ala." Orang dulu lain pula niatnya " Sahaja aku mandi untuk kuat dan tahan tubuh badan aku kerana Allah Ta'ala."

Wallahu A'lam.

Saturday, February 26, 2011

Cukuplah Ton &^%$(

Ton &^%$( ni memang banyak pengikut setia, sampai sekarang cukup minat menulis cerpen kisah masyarakat, sekarang nih dah macam dok merepek le pulak. Ramai yang masih tak percaya, apabila ada individu yang mengatakan Ton &^%$( ni berketurunan dari sebuah tempat Keralapayau di Hindia Timur.

Kepada yang fanatik sangat tu, saya nak habaq mai, Ton &^%$( ni ayah dia memang datang dari Keralapayau iaitu sekapal dengan nenek saya sebelah bapa, Mak Ton &^%$( memang dari Tanah Malaya dan asal keturunan Datuk yang beristeri 2. Saya lihat sendiri susur galur dari sebelah emak beliau. Atuk kepada sepupu saya adalah dari keturunan Datuk yang beristeri 2. Siapa Datuk yang beristeri2 tu? Datuk Temenggung Pulut? Bekas Bendahara Negeri Padi juga adalah dari keturunan  Datuk tersebut dari Datin yang sorang lagi. Siapa yang dok kata dia Malayu tulin.. silap besaq lah. Pasai apa bolih saya sentuh Ton &^%$( nih? Sebab dia dok mengarut lebih sangat sampai dok pi sanjung pula makhluk Allah yang azab sangat waktu nak mati.

Friday, February 25, 2011

Gelanggang Silat

Teringat kisah dulu2 bab membuka gelanggang silat, gelanggan silat dulu atas tanah aje, dinding pun dengan daun kelapa aje. Antara kaedah nak buka gelanggang ni, selain dok guna kemenyan, depa pi sembelih ayam jantan pastu darah ayam tu di letakkan di 4 penjuru gelanggang, pastu ayam tu ditanam ditengah gelanggang.

Murid atau pesilat nih masa dok belajar atau berlatih, mana ada rasa sakit, sepak terajang dsbnya relax aje hehehe.

Ada juga gelanggang silat yang tidak dilakukan sedemikian, cuma adabnya waktu nak masuk kena baca Al-Fatehah.

Bab memecah gelanggang memang berlaku, caranya depa pi hentak MG yang dok jaga gelanggang tu, pastu baru pi pediah/belasah Tok Guru tu pula.

Paling tak menyenangkan, bila dah habis sebangsal.. kata orang atau separih, depa tak tutup dengan cara yang betul, buka tau tapi tutup tak tau.., apa hasilnya MG pi dok mengacau rumah yang terdekat dengan gelanggang, erm habis pula duit tuan rumah bayar upah nak halau MG.

Thursday, February 24, 2011

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA

AMARAN DARIPADA POLIS

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.. Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa juga benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar  dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekian, Terima kasih.

Dengan Ikhlas,

Afizah Raub

Wednesday, February 23, 2011

Tak Lama Lagi Pilihanraya

Mengikut pengalaman yang lalu, apabila Wakil Rakyat dah turun padang.. maknanya tak lama lagi akan diadakan pilihanrayalah...

Adun tempat saya ni.. camtulah.., lepas dia menang tak tunjuk muka dah, buat program apa pun tak berapa nak datang.. sebab tempat saya nih memang penyokong kuat dia, masa dulu ada lawan sikit-sikit, keraplah dia datang melawat hehehe..

Dia datang nak melawat sahabat saya yang sakit, malangnya pesakit ada kat Temerloh dan kini mungkin kat Selangor kat rumah anak beliau. Memang patut YB ni datang melawat, sebab kat depan pintu itu ada ayat power ' DULU KINI DAN SELAMANYA '.

Saya beritahu kat pakcik tu " yang penuh semangat bercerita kepada saya YB datang jumpa dia ". Mintalah apa2.. InsyaAllah dapat le tu.. kalau kena gaya. Apakah yang orang taman tu minta? Nak pagar tinggi untuk kawasan permainan. Elok minta tambahan lampu limpah untuk senang budak-budak main bola hingga larut malam.

Keselamatan Di Rangkaian Sosial

Wednesday, February 16, 2011

Masin Mulut

Al tersebutlah kisah zaman PWD dulu berlaku di kawasan Utara Tanah Melayu, majoriti pekerja bawahan (IMG) adalah dari kaum X&^%$*. Masa tu menebas rumput menggunakan parang sabit, bukan cam sekarang ni.. guna mesin rumput galas..., badan lencun/lenjun dengan peluh dok menghayun parang sabit ala- ala Main Golf atau putaran Helikopter.  Walaupun menggunakan parang tepi jalan terang, sekarang guna mesin jalan semak hehehe, dulu PWD sekarang Roadcare, JKR memantau hehehe.

Di kawasan kampung, orang dulu-dulu suka tanam Pokok Ubi Gajah, pastu buat kerusi kayu untuk menunggu bas atau teksi, bukan cam sekarang ini Pondok Menunggu Bas 1 Malaysia yang jadi Port untuk remaja berkumpul, kadangkala bapa remaja pun tumpang sekaki hehehe.

Ada seorang tua telah berpesan kepada pekerja PWD nih agar tidak menebang Pokok Ubi Gajah, tak tahulah disebabkan tak faham bahasa percakapan orang tua tersebut ke? Takut kat Tandey (Mandor) ke? Di libasnya juga pokok tersebut.

Buah pokok ubi gajah ni, kalau kambing makan buahnya, ikut hukum akal.. memang KO kambing tersebut, banyak dah kambing terkorban asbab buah Ubi Gajah. Bebudak sekarang pokok ubi kayu pun ada yang tak kenal hehehe. Erm.. masa saya kecil dulu.. huii ubi kayu rebus sama gula merah.., kena pula air kopi.., kebetulan pula hari hujan.. amat menyelerakan.. takde pula jadi kembung.., dah tua-tua nih.. makan sikit dah perut meragam.., makan kentang goreng Ok lah pula... hehehe. OK sambung semula cerita...

Kejadian itu disedari olih orang tua tersebut, maka beliau pun berkata " Nak mampus X&^%$* ni, ditakdirkan Allah, dengan izinNYA.. mengelupur X&^%$* berbuih mulut. Wallahu A'lam.

Begitu juga bab Mat Rempit kat kampung atau Taman  Perumahan, sorang kata " Ada harapan berlanggar dengan lori " pastu yang lain pun dok cakap sebegitu.., kata orang... cukup 40 orang.. memang jadi betul.., Wallahu A'lam.

Pesanan Guruku...

Kepada perawat2 atau Mu'allij yang dihormati sekelian, inilah pesan Guru saya kepada kami anak murid beliau, agar sentiasa muhasabah diri, jaga niat dan ikhlas dalam amalan.

" Kalau kita pandai, ada lagi orang yang pandai. kalau kita rasa kita hebat, ada lagi orang yang hebat. Namun serahkan semuanya kepada Allah swt, dan mohon petunjukNYA kerana Allah swt lah Yang Sebenar-benarnya Maha Bijaksana. Insyaa AllaaH, akan ada petunjuk NYA jika kita sabar dan ikhlas."

Adakalanya kita belum benar2 di uji oleh Allah dengan ketemu permasalahan rawatan yang amat hebat, ayat mudah " Buku Bertemu Dengan Pensil " orang dulu-dulu kata " Buku Bertemu Dengan Ruas ". Jadinya kita jadi seronok dan rasa diri dan keilmuan kita begitu hebat, sedangkan kita terlupa.. sehebat mana pun kita kalau Allah tak izinkan maka tidak akan jadi, paling ditakuti Allah izinkan tanpa redhoNYA. Maka kita akan semakin jauh tersasar dari rahmat dan pertunjuk dari Allah.

Tak perlulah kita nak memperlekeh kumpulan perawat atau perawat A, B dsbnya..., Ingatlah peribahasa orang tua-tua " Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ".

Wallahu A'lam.

Monday, February 14, 2011

Bacaan Selawat Kepada Rasulullah S.A.W


Allahumma Shalli  Wasallim 'Alaa Sayyidina Muhammadin Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad, Fii kulli lamhatin-wanafasin-bi'adadi kulli ma'luumin laka. " Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad dan keluarga Sayyidina Muhammad, di dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas, sebanyak jumlah ilmu yang Engkau miliki ".

Marilah kita semua memperbanyakkan Selawat kepada Rasulullah S.A.W bukan hanya pada hari tertentu sahaja, dan mempelbagaikan Selawat kepada Rasulullah S.A.W, mudah-mudahan Rasulullah S.A.W akan mengaku kita sebagai Ummatnya di Akhirat kelak. InsyaAllah.

Saturday, February 12, 2011

Herba Penawar Racun

Tuai Rumah Panjang umumnya memiliki sejenis kayu herba yang fungsinya menawar racun dan khasiat yang lain, rasanya payah kita nak tahu khasiat sebenar. Cuma apa yang saya diberitahu olih seorang sahabat baik saya di Bumi Kenyalang, sekiranya kayu tersebut/herba digigit sedikit sahaja, InsyaAllah gula yang manis menjadi tawar, kalau cili pula hilang pedasnya.

Dihari perayaan gawai, tuai rumah akan meletakkan herba tersebut di bawah lidah, ini dapat mengelakkan beliau menjadi mabuk apabila meminum air tapai/tuak atau arak di dalam jumlah yang banyak. Mengikut adat mereka, sebelum tetamu minum air tapai/tuak, tuan rumah mestilah minum terlebih dahulu untuk membuktikan air tapai tidak membahayakan tetamu. Bayangkanlah kalau tetamu yang datang ramai, mahu tumbang jadinya.

Teringat satu kisah lucu yang berlaku di hari perayaan gawai, pemuda Indonesia yang bertugas di sana telah mengunjugi rumah panjang, apabila diminta untuk minum air tapai/tuak beliau mengatakan " Enggak Bisa ". Tuai rumah amat kurang senang apabila mendengar jawapan daripada pemuda Indonesia tersebut, maksud bisa pada pengertian beliau adalah " Tidak Kuat ". Pemuda tadi telah dipaksa juga minum air tapai, akhirnya mabuklah pemuda tersebut dan tumbang.

Harga kayu herba tersebut cukup tinggi dan payah untuk dijual sepertimana " Kayu Hujan Panas ". Teringat Makcik penjual " Kayu Hujan Panas " memberitahu saya berkali-kali dan melarang saya memukul orang ataupun anjing dengan menggunakan kayu tersebut. Beliau juga mengajar saya, andainya anak kecil menangis diwaktu senja, bakar kulit kayu tersebut. Wallahu A'lam.

Pantang Keilmuan 1

Al tersebutlah kisah, disebuah kampung di dalam negeri Malaya, kedapatan seorang lelaki yang perkasa dan terkenal dengan kesamsengannya disebabkan beliau memiliki " Ilmu Kebal ", siapa yang salah tutur bicara atau buat masalah dengan beliau maka akan mendapat hadiah " Roti Lima Jari " dll.

Pada suatu hari, ketika beliau sedang lepak2 di warung, kedamaian beliau diganggu-gugat olih kebisingan suara kanak-kanak yang sedang bermain, sejurus itu beliau telah memarahi budak-budak tersebut, ditakdirkan Allah, ada seorang budak lelaki telah menjawap larangan beliau, apalagi "Angin Satu Badanlah" beliau, terus mengejar budak itu untuk memberi hukuman. Mereka yang berada disitu pastinya tidak berani untuk menegur atau menghalangnya kerana ditakuti akan menerima padah lebih-lebih lagi beliau sedang di dalam keadaan marah.

Budak lelaki tersebut semakin keletihan, beliau berlari mengelilingi meja di warung berkenaan, diatas meja itu terdapat batang tebu yang di jual (yang dah siap katam/di potong) maklumlah warung zaman dulu itulah diantara barangan yang dijual. Budak lelaki tersebut telah berhenti berlari kerana terlalu letih, untuk menyelamatkan dirinya, beliau telah bertindak mengambil sekatam tebu dan memukul lelaki perkasa itu dengan tebu, diizinkan Allah pukulan tersebut telah terkena pada anggota badan lelaki perkasa, ditakdirkan Allah, Lelaki Perkasa tersebut telah rebah ketanah dan akhirnya meninggal dunia.

Ini cerita Auta Kare (Pembohong) ke? Tidak, cuma saya tidak menyatakan secara jelas. Ini adalah kisah benar yang diceritakan olih Guru saya. Apakah tujuan sebenar penceritaan ini? Keilmuan orang dulu-dulu sebenarnya ada pantang larangnya, mereka belajar keilmuan tersebut tetapi terlupa pantang larangnya.

Pelajar persilatan dulu dan sekarang amat suka upacara " Mandi Minyak ". Pelajar diwajibkan sentiasa didalam keadaan berwuduk ketika proses menyediakan minyak tersebut daripada mengupas kelapa, mengukur dan memerah santan.. akhirnya dimasak menjadi minyak. Balik rumah tidak bolih mandi dan mesti tidur didalam keadaan badan berminyak. Apa khasiat mandi minyak tersebut? Erm ramai yang tahu.. jadi tak payah ceritalah hehehe. Namun ramai yang tidak tahu apakah pantang larang keilmuan tersebut? Antaranya tidak bolih makan benda yang bercucuk seperti "Sate" dsbnya. Kalau langgar pantang larang apakah yang terjadi? Adakah memberi kesan sampingan atau bencana? Apa yang saya diberitahu, keilmuan menjadi tawar. Wallahu A'lam.

Paruh Burung Kenyalang

Pada suatu masa dahulu (menggantikan mukadimah " Pada zaman dahulu " hehehe), saya ke Pasar Minggu di Bandar KL. Menjadi minat saya melihat peniaga yang menjual barangan yang pelik. Saya dapati seorang lelaki berkopiah putih, menarik wajahnya yang lembut sedang menggergaji sesuatu, maka saya pun bertanya kepada beliau. Saya diberitahu ianya adalah " Paruh Burung Kenyalang ". Beliau memaklumkan kepada saya seorang anggota Polis telah menempah material tersebut. Katanya kepada saya " Kalau kamu hendak, bolih ambil lebihan yang dipotong, harganya RM40). Setelah beliau siap menggergaji material tersebut, lantas meletakkan kehidung saya dan mengatakan bau terbakar. Memang betul, hasil kerja menggergaji tersebut pastinya berbau "Hangit".

Saya bertanya kepada beliau apakah kegunaan Paruh Burung Kenyalang, khasiatnya kata beliau adalah sebagai "Penawar Racun". Alhamdulillah, diizinkan Allah, saya pun membeli material tersebut. Beliau telah memasukkan material tersebut kedalam sampul surat kecil berwarna putih, dan telah memberi no telefon untuk dihubungi, andainya terdapat sesuatu yang aneh pada material tersebut.

Setelah pulang kerumah, saya pun membuka sampul surat, material tersebut diletakkan bersama sedikit beras kunyit. Apabila saya pegang, ianya nampak bersinar dan seperti basah serta mengeluarkan bau yang sangat harum. Baunya seperti minyak atar. Disebabkan baunya yang harum, maka saya sering membawanya bersama didalam poket baju dan sering menunjukkan kepada kawan-kawan, mereka berkata kepada saya seolah-olah Paruh Burung Kenyalang itu adalah Ibu Minyak Atar.

Saya tidak pun menghubungi Penjual tersebut "Haji Sapari" yang datang dari Sarawak. Akhirnya material tersebut hilang, semasa saya bertugas di Bandar R iaitu ketika saya menghantar kenderaan untuk baik-pulih ataupun hilang di kawasan store semasa membantu kawan-kawan menurunkan barang daripada lori.

Pendapat peribadi saya, setiap yang Allah ciptakan ada kegunaan dan kelebihan tersendiri, cuma kita sebagai makhluk kena faham iaitu perlu mempunyai keilmuan dan jaga niat, agar tidak merosakkan Aqidah. Wallahu A'lam.

Friday, February 11, 2011

Lelaki Berjanggut

Ke hadapan Muslimah sekalian ..

Saya mengetahui tentang The Islamic Email Circle melalui seorang teman di tempat kerja..Dia mengesyorkan saya untuk menulis kepada kalian. Saya hanya ingin mencurahkan penghargaan dan rasa hormat kepada seorang lelaki Muslim yang telah membantu saya, tapi tidak memberitahu namanya..Saya pastinya tidak akan melupakan beliau sama sekali,,

Menjadi seorang wanita muda berusia 27 tahun, di London, tentunya, saya gemar menghabiskan masa hujung minggu dengan pergi ke kelab malam, pawagam, keluar makan dan berjumpa kawan2 baru. Saya juga minum arak dan gemar berparti (bukan parti politik ek)..Pada usia begini, setiap anak muda lelaki dan perempuan, hanya ingin menikmati hidup mereka sepuas2nya..

Tahun lepas, pada hari Sabtu, 12 Disember 2009, saya keluar clubbing di Central London bersama rakan-rakan saya. Saya mengenakan gaun yang sangat ketat membalut tubuh.. Hari Krismas pula bakal menjelang beberapa minggu lagi..

Saya bertemu dengan seorang lelaki di dalam kelab malam, dan dia kelihatan baik.. Kami menari sepanjang malam sehingga pukul 2 pagi... Dia mulai meneguk arak dengan banyak berusaha mendekati saya. Dia berjaya menggoda saya mengikutnya ke arah bahagian belakang kelab tersebut, dan akhirnya kami keluar menerusi pintu kecemasan. Kami mula berciuman dan sebagai seorang lelaki buaya(hehe), dia mahukan lebih dari itu..Dia meminta saya mengikutnya memasuki kereta untuk meneruskan niatnya.. Walaupun, dia berada di bawah pengaruh alkohol, saya cuba menolak kemahuannya itu..

Dia tidak mengendahkan permintaan saya agar dia berhenti, dan saya menjadi semakin takut..Dia menggunakan kekuatan badannya untuk menahan tubuh saya..Jantung saya berdegup kencang..Saya merayu agar dia melepaskan saya tetapi, dia berkelakuan seperti orang yang hilang kawalan diri..Saya menjerit meminta tolong, tapi tiada siapa yang datang membantu.. Saya menangis sekuat hati..Saya akhirnya berjaya memecahkan tingkap belakang kereta menggunakan kaki saya dan menjerit meminta tolong. 'Binatang' tersebut berjaya merentap gaun saya dan cuba untuk memperkosa saya..Saya tidak akan lupakan langsung saat2 hitam dalam kereta tersebut..Saya menangis dan merayu kepadanya untuk melepaskan saya..

Dan kemudian, tiba-tiba, ada 'Malaikat' datang untuk menyelamatkan saya. Seorang lelaki yang berjanggut ,awal 30-an, menghampiri kami..Dia menarik keluar lelaki gila tadi dari kereta, menghumbankannya ke tanah dan menendangnya beberapa kali. Lelaki yang dipukul itu terus berlari meninggalkan kami dengan penuh ketakutan..Saya menangis dalam keadaan badan yang tidak cukup kain..Lelaki berjanggut itu menundukkan pandangannya daripada memandang saya dan menanggalkan jaket yang sedang dipakai beliau..Saat itu saya berasa sangat sejuk dan menyarungkan jaket tersebut pada tubuh saya..Pada leher lelaki itu ada tergantung ID pemandu teksi..Saya berasa sangat lega saat itu..Dia menghulurkan sehelai sapu tangan pada saya dan bertanya adakah saya ok. Saya memandangnya dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana telah menyelamatkan harga diri dan maruah saya. Dia bertanya jika saya ingin menelefon pihak polis untuk membuat laporan..Saya menolak tawaran beliau dan mengatakan yang saya hanya ingin pulang.. Dia bertanyakan soalan yang sama sekali lagi, tetapi saya mengatakan tidak..Dan kemudian saya bertanya kepadanya adakah dia boleh menghantar saya pulang..Dan saat itu, air mata saya jatuh mencurah2..

Lelaki itu berkata, "Sudah tentu boleh, cik ", dengan suaranya yang lembut.. Apabila saya mendekati teksi tersebut, dia enggan membenarkan saya duduk di bahagian depan, dan berkata, "Cik, adakah awak kisah untuk duduk di belakang?". Saya tidak punya masalah dengan itu. Saya menangis dan dia berkata,: "Cik, awak tidak patut keluar bersendirian pada waktu malam dan awak sepatutnya bersama2 dengan rakan2 yang lain..Lagi satu, awak tak patut mudah percaya pada mana2 lelaki yang awak baru kenal di kelab malam.." Sungguh benar apa yang diperkatakan lelaki itu..

Sepanjang dalam perjalanan ke rumah saya, dia tidak langsung tidak melihat 'cermin pandang belakang' ketika berbual dengan saya dan dia berkata2 dengan nada yang sangat lembut. Dia memiliki janggut yang panjang..Saya juga perasan yang dia mempunyai manik-manik (tasbih) yang tergantung pada cermin keretanya.. Saya mengenali manik-manik tersebut kerana seorang rakan muslim di tempat saya bekerja juga mempunyai manik-manik begitu di dalam kereta. Saya bertanya kepadanya, "Awak ni orang Islam kan?" dan dia menjawab "Memang saya orang Islam,dan saya bangga menjadi orang Islam. Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan akan mati sebagai orang Islam" Dia kemudian bertanya kepada saya, "Adakah anda inginkan ketenangan?" Saya kebingungan dan bertanya, "Apa maksud awak?" Dia kemudian menguatkan bunyi CD playernya, dan saya dapat dengar alunan suara tanpa muzik! Dia berkata, "Ini adalah ayat Quran, boleh tak jika saya meminta awak untuk mendengar bacaan ini selama 5 minit dengan penuh perasaan?".

Saya mendengar bacaan itu dengan teliti. Bunyinya memang berbeza dengan jenis2 bunyi yang biasa saya dengar..Dan saya cuba mendengar dengan teliti..Dan sememangnya benar apa yang dia katakan..Suara dan bunyi itu sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa..Saya sangat gembira mendengarkan alunan suara yang membaca ayat2 Quran itu.. Dia kemudian bertanya, "Apa yang anda rasa sekarang cik?" Saya berkata "Luar biasa .. Saya suka mendengarnya, sungguh menenangkan jiwa".

Dia menjawab, "Cik, ini adalah ayat2 Quraan. Saya adalah orang Islam..Saya telah diajar oleh Islam untuk menghormati wanita, untuk menundukkan pandangan mata saya, dan menghormati semua manusia, walau apapun agama mereka. Awak bernasib baik kerana saya mendengar jeritan awak tadi.. Saya sedang berada di penjuru jalan itu, bila tiba2 tayar teksi saya meletup..Sekarang saya paham kenapa Allah membuatkan tayar teksi saya pancit..Dan dengan kekuasaan-Nya, Dia yang telah membuatkan saya menyelamatkan cik, itulah kehendak Allah..Awak kena terima apa yang saya ingin cakapkan ni..Awak boleh berterima kasih pada saya sebanyak mana yang awak mahu, tapi saya ingin mencadangkan agar awak berterima kasih kepada Allah, kerana Allah yang menghendaki agar tayar teksi saya pancit pada masa itu"

Saya memikirkan setiap kata2nya itu..Dia berkata2 dengan nada yang sungguh lembut tetapi pada masa sama dengan penuh rasa pengabdian pada Tuhan..Dia adalah seorang lelaki yang sangat baik, lelaki yang telah menjadi 'malaikat' saya.. Tiba saja di rumah saya, saya menjemputnya masuk untuk minum kopi bersama tetapi dia menolak dengan baik.. Saya masuk ke dalam, menukar pakaian dan keluar semula memulangkan jaket tadi.. Saya kemudian mengucapkan terima kasih lagi padanya, dan bertanya "Berapa banyak yang saya perlu bayar kamu?". Jawapannya benar2 menusuk kalbu, kerana dia menjawab, "Cik, awak telah melalui cubaan dan rintangan yang berat..Adakah awak pikir saya akan caj awak? Masuklah ke dalam rumah, dan berehat, saya dapat bayangkan awak takkan melupakan lelaki tadi seumur hidup awak atas kelakuan tak senonohnya dan atas apa yang mungkin terjadi kepada awak tadi..Tapi, bolehkah saya tanyakan satu soalan pada cik?" Saya begitu tersentuh dan menjawab, "Ya, tanyalah" Dia menjawab, "Jika awak ceritakan pada sesiapa tentang apa yang terjadi, boleh tak jika awak ceritakan juga bahawa orang Islam yang telah datang membantu awak?" Saya menjawab, "Tentu saja boleh..Sekurang2nya itu yang saya boleh lakukan". Sebaik sahaja saya berkata demikian, dia menjawab, "Cik, saya perlu pergi sekarang, jauh lagi perjalanan saya..Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tolonglah terima CD ayat2 Quran ni dan fikirlah tentang Islam, apa yang Islam tawarkan dan bagaimana Islam boleh membuat awak menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang "

Saya mengambil CD tersebut dan mengucapkan terima kasih pada lelaki tersebut..Dia kemudian berlalu pergi..Air mata saya mula bergenang..Lelaki ini sangat istimewa..Dan Dia Adalah Seorang Muslim
Setahun berlalu, saya masih mempunyai CD itu dan kadang2 saya mendengarnya..Saya suka mendengar bacaan ayat2 Quraan..Saya juga memasangnya pada pukul 5 ptg apabila saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas London! Saya telah mempelajari Islam dengan lebih banyak..Saya juga menjadi ahli The Islamic Email Circle, di mana saya menerima hadis pada hari Isnin dan artikel Islamik pada hari Jumaat.

Saya hanya ingin mengatakan kepada semua orang Islam di luar sana: Orang Islam sangat menakjubkan, mereka mempunyai hati yang bersalut emas, mempunyai prinsip2 hidup yang indah, sopan santun dan mereka sangat mengambil berat tentang orang lain.

Pemandu teksi itu adalah insan istimewa dan indah yang tidak akan saya lupakan buat selamanya..Personaliti dan kesopanannya juga telah merubah hidup saya. Saya tidak faham mengapa manusia begitu takut dengan lelaki Islam yang berjanggut..Mereka adalah manusia yang paling indah dan prihatin di dunia ini. Sesungguhnya mereka adalah 'Malaikat'.

Saya masih mempelajari Islam dan telah mula mengenali Islam yang sebenar.. Mungkin suatu hari, saya akan kembali kepada Islam, jadi saya harus meminta anda semua untuk berdoa buat saya. Tapi yang lebih penting, saya meminta anda untuk berdoa untuk pemandu teksi yang telah menyelamatkan kehormatan dan masa depan saya.. Saya yakin Allah akan memberi beliau pahala yang begitu banyak..Tidakkah anda bersetuju dengan pendapat saya?...

Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca luahan isi hati ini

Tracy Harvie
London, United Kingdom

Wednesday, February 9, 2011

Majlis Perkahwinan Yang Sama Tarikh

Pada musim cuti, samada perayaan ataupun persekolahan, umumnya banyak majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada masa tersebut. Contohnya yang terbaru adalah Cuti Tahun Baru Cina, pada  hari Sabtu 5/2/2011.

Saya telah menerima 3 undangan Majlis Perkahwinan pada tarikh tersebut, memang perlu hadir disebabkan rakan yang rapat. Apabila kita menghadiri majlis tersebut ada yang makan sedikit dirumah A, B dan C, adapula yang hanya makan di rumah A sahaja ataupun A & B.

Hidangan yang disediakan untuk majlis perkahwinan pastinya banyak, nak buat sedikit ditakuti ramai tetamu yang datang ataupun berselera makan dengan lauk-pauk pelbagai jenis. Akhirnya nasi lebih melampau. Tidak dinafikan memanglah lauk-pauk dan nasi akan berlebih tetapi bukannya lebihan yang melampau. Apa maksud melampau? Sudah diagihkan kepada kepada pekerja, kaum keluarga dan jiran masih lagi ada lebihannya. Kasihan kat tuan rumah, nak buat camno! Inilah realiti bila majlis perkahwinan diadakan pada tarikh yang sama pastu berdekatan iaitu 1 kampung atau taman perumahan.

Tuesday, February 8, 2011

AIDA

Aida ialah satu model komunikasi yang mana boleh digunakan oleh firma-firma untuk membantu mereka dalam menjual produk mereka atau perkhidmatan. AIDA ialah satu akronim untuk Perhatian (Attention), Kepentingan (Interest), Keinginan (Desire), Tindakan (Action). Apabila sesuatu produk telah dilancarkan maka gol pertama ialah untuk merebut perhatian. Berfikir , bagaimanakah organisasi menggunakan kemahiran tersebut untuk melakukannya? Menggunakan personaliti-personaliti terkenal menjual produk-produk? Sebaik sahaja anda dapat menarik perhatian pengguna, bagaimanakah anda mengujudkan kepentingan, melalui meningkatkan ciri-ciri, menyatakan dengan jelas manfaat produk yang ditawarkan? Peringkat ketiga ingin , bagaimana anda membuat produk yang memenuhi keinginan pengguna? Melalui pameran? Peringkat akhir ialah tindakan pembelian, jika syarikat itu telah berjaya dengan strateginya, pelanggan sasaran sepatutnya akan membeli produk tersebut.

Saturday, February 5, 2011

Buah Tangan Untuk Tetamu

Sudah menjadi 'trend' atau tradisi masyarakat Melayu, apabila kita menghadiri majlis perkahwinan, tuan rumah atau pihak keluarga akan memberi  buah tangan kepada tetamu mereka. Sebelum era cyber, umumnya tetamu akan menerima bunga telur kemudian dilakukan sedikit perubahan iaitu  kanak-kanak diberi gula-gula. Sekarang ini telah dipelbagaikan, diberi beg kertas yang di dalamnya mengandungi telur, kerepek, kek, buah-buahan, gula-gula dsbnya. Seringkali saya terjumpa makanan ringan (jajan) yang diberi tidak mengandungi tanda halal yang sah dan lebih menyedihkan bahan yang digunakan terdapat campuran yang tidak halal (E471). Walaupun ianya seperti isu remeh-temeh tetapi tuan/puan perlu faham ini adalah berkaitan dengan bab hukum agama kita.

Thursday, February 3, 2011

Nilai Rawatan Traditional

Alhamdulillah, saya berkesempatan melihat rawatan patah yang dilakukan olih seoarang yang amat di kenali di daerah sini. Sambil beliau menyediakan peralatan untuk merawat iaitu buluh dan kain pengikat, beliau turut bercerita mengenai upah yang diberi olih pesakit setelah beliau selesai merawat.

Seorang pesakit yang mengalami masalah patah telahpun menerima rawatan modern dengan dimasukkan besi disebelah kaki kanan, namun kaki kiri masih bermasalah, kos yang ditanggung olih pesakit dalam rawatan modern adalah belasan ribu ringgit. Diizinkan Allah, setelah menerima rawatan daripada beliau, pesakit terus bolih berjalan, upah yang diberi hanya RM50. Ada juga yang telah berjumpa pakar rawatan tulang, kos rawatan yang diperlukan adalah RM35,000. Beliau telah membantu, sambil berseloroh beliau berkata kepada pesakit, bagi RM5,000 kat beliau sudah memadai, selesai rawatan, pesakit menghadiah RM50 kepada beliau.

Inilah sikap yang telah tertanam disanubari masyarakat kita, kalau rawatan modern mereka sanggup bayar berapa sahaja tanpa rasa sangsi, namun apabila menerima rawatan traditional, mereka memandang rendah kebolihan perawat. Semuga Allah membalas jasa perawat diakhirat kelak, Aamiin.