Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Monday, March 22, 2010

Mimpi berjumpa Rasulullah S.A.W

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Nooraishah Ariffin
Pejabat Pengurus Besar
Perkhidmatan Komuter
Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22798839 Faks: 03-22798838
E-mel: nooraishah@ktmb.com.my

Sunday, March 21, 2010

Intensive distribution

  • Seller's unit costs for stocking are low
  • Convenience for customer is critical
  • In intensive distribution the product is everywhere. An example would be the retailing of gasoline.
  • In an intensive distribution, the stocking costs are typically very low.
  • Convenience for the customer is critical. When they decide that they need gas or toothpaste,they are easily available at all the major retail outlets, they are easily accessible
  • Seller's unit costs for stocking are low
  • Convenience for customer is critical
  • In intensive distribution the product is everywhere. An example would be the retailing of gasoline.
  • In an intensive distribution, the stocking costs are typically very low.
  • Convenience for the customer is critical. When they decide that they need gas or toothpaste,they are easily available at all the major retail outlets, they are easily accessible

Monday, March 15, 2010

Santuari Gajah Sungai Ketiar









Saya bersama family, abang ipar dan rakan anak lelaki saya dalam perjalanan ke Kg. Jeneris, Kuala Berang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak saudara dari Pekan, Pahang. Kami ini rombongan sebelah lelaki. Dalam perjalanan ke distinasi pasti akan menempuh lokasi ni.Pastinya ambil kesempatan untuk isterehat dan mengunjungi santuari gajah.

Terdapat 2 ekor Gajah, yang besar berusia 10 tahun dan yang kecil 3 tahun. Kami diberi peluang untuk bergambar dengan Gajah dan memberi makan. Memang ramai pelancung yang mengunjungi tempat ini. Cuma, diharapkan pihak yang berkenaan dapat menambah sedikit lagi kemudahan untuk pelancung iaitu Gerai Makanan dan Cenderahati.

Sungguhpun penyeliaan Gajah-Gajah ini ada penajanya, tetapi bayaran yang berpatutan eloklah dikenakan untuk membantu pembiayaan makanan untuk Gajah. Dimaklumkan terdapat 51 ekor Gajah liar dikawasan seliaan seluas belasan ribu hektar.

Kepada pengguna yang menggunakan jalan Gua Musang - Kuala Berang, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini.

Saturday, March 13, 2010

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN Sumber : WAN HAFIZAH WAN HASSAN

PENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima Hilangkan Masalah Cacing
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan

Kurma Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun

Thursday, March 11, 2010

Penting nama panggilan di kampung...

Alhamdulillah, malam Selasa lalu saya telah dikunjungi olih seorang sahabat yang status abang dengan saya, tidak ketemu sudah 30 tahun, ketika beliau bersalam dengan saya dan bertanya samada saya masih mengenali beliau? Alhamdulillah, kenal rupa malangnya dah terlupa nama. Beliau terus menceritakan kisah-kisah yang bolih membantu saya untuk mengingati nama beliau, tetap mencuba... akhirnya gagal juga, paling tak seronok dari gaya percakapan saya , cara berjalan.. beliau kata.., masih sama ketika saya budak-budak lagi.

Apabila beliau menceritakan kedudukan rumah beliau, maka saya teringat.. semasa kecil memang bermain.. permainan orang dulu-dulu iaitu Guli, Kundang-Kundi. Semasa beliau nak balik saya pun minta nombor HP.., barulah beliau beritahu namanya Rahim.

Pagi tadi, saya hubungi beliau untuk bersarapan pagi kat Warung yang beliau sering minum, maka beliau terus bercerita bahawa adik beliau seusia dengan saya.. namanya " Lan ".., malangnya masih tak ingat.. maka disebut nama panggilan kampung " Tok Un ".. Alhamdulillah
terus ingat.., begitu juga nama saya di kampung iaitu " Cumie ".

Abang Rahim ini, masa saya kecil-kecil.. beliau adalah pembeli buah durian di kampung saya, akhirnya beliau berkhidmat dengan ATM, selepas bersara terus menetap di Taman Tas, Kuantan hingga sekarang. Kini beliau ada tugas di Kuala Lipis untuk seketika.

Tembikai Kembar

Nak tahu kisah selanjutnya sila kunjungi pulakdah.blogspot.com.





Tuesday, March 9, 2010

DISTRIBUTION

What kind of distribution channel to use?
  • Who should control the channel (referred to as the channel captain)?
  • Should channel relationships be informal or contractual?
  • Should channel members share advertising (referred to as co-op ads)?
  • Should electronic methods of distribution be used?
  • Are there physical distribution and logistical issues to deal with?
  • What will it cost to keep an inventory of products on store shelves and in channel warehouses (referred to as filling the pipeline)?

Distribution Channel Structure.

  • Management must determine structure in line with the corporate and marketing objectives, its operating philosophies, its strengths, its weakness and its infrastructure of manufacturing facilities and warehouses.
  • Louis P. Bucklin (theory of channel structure) stated that the purpose of the channel is to provide consumers with the desired combinations of its outputs at minimal cost.
  • Given a desired level of demand by consumers and competitive conditions the channel functional activities will evolve in a way to produce minimal channel costs. This will lead to changes in the participation of individual members. May lead to addition or deletion of channel members

Friday, March 5, 2010

Berolih Doa Malaikat

Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..

11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudahtentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. YaAllah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imammembaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allahbertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukansolat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang iadapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orangyang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malamhingga Subuh...”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Thursday, March 4, 2010

3 Pin Plug













Hinakah status seorang Janda?

Anak saya telah menghadiri perkahwinan seorang kawannya yang berstatus janda muda, usia bawah 20an. 2 hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang diadakan dirumah ibu saudara
beliau, amat mengharapkan kehadiran anak saya ke majlis tersebut. Alhamdulillah anak saya dapat menghadirkan diri kemajlis berkenaan bersama kawannya.

Amat menyedihkan cerita anak saya, dengan keadaan bilik pengantin yang tidak terurus, tempat makan sekadar ada.., ketika majlis angkat nikah di adakan di surau, hanya anak saya dan kawannya menjadi peneman pengantin perempuan, ketika bapa pengantin bertanyakan
persetujuan.. hanya kedengaran ayat " ju " sahaja.., dan ketika hendak t/tangan beliau mengeraskan untuk tidak menanda tangani surat yang berkenaan dan berkata " Kakak.., saya tak nak kahwin ", lantas anak saya memujuk beliau dengan mengatakan ini sudah jodoh beliau dan jangan malukan bapa beliau. Anak saya dan rakannya menangis melihat keadaan kawannya.

Wang hantaran dari keluarga lelaki hanya RM1000 sahaja. Dimajlis tersebut hanya menerima hadiah dari kawan-kawan sekadar 4 buah bungkusan hadiah. Anak saya semasa hendak membeli hadiah cuma ingin membeli barang biasa, tetapi hati saya sendiri tidak berapa selesa, lantas saya sendiri yang memilih hadiah berkenaan agar dapat memberi sedikit kegembiraan
kepada rakannya dan menjadi kenangan sebagai seorang sahabat.

Perkahwinan ini adalah kehendak bapa rakannya yang beristeri tiga (3). Manakala rakan anak saya pula dalam kategori " LURUS ". Apa yang mampu dilakukan? Bagi seorang wanita AIR MATA ADALAH PENGUBAT DUKA.

Kepada pengunjung blog, janganlah padang hina kepada mereka yang berstatus janda. Kat taman saya pun ada yang mengahwini janda dengan hantaran RM10,000, janda yang dah ada
anak.., malangnya janda yang masih muda tanpa anak nilainya hanya RM1000.

Pastinya ada yang akan mengatakan takdir.., tetapi mereka lupa, jawapan mereka seolah-olah Allah itu dzalim pada hambaNYA. Mereka sering lupa.. Allah mengurniakan AKAL untuk kita berfikir. Bersifat Ehsanlah sesama manusia, mudah-mudahan di akhirat kelak kita berolih Ehsan daripada Allah.

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

" Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya " (Surah Al-Ahzab : 56)

Rasulullah s.a.w bersada:

" Katakanlah olih kalian: Allaahumma shalli 'alaa Muhammad ".

Marilah kita memperbanyakkan Selawat ke atas Rasul tercinta Muhammad s.a.w dengan pelbagai jenis selawat seperti Selawat Al-Fatih, Thibbil Qulub, Munjiyat, Kamaliyah, Nariyah, Nurl Qalbi, As-Siqafiyah, Sayyid Ahmad Al-Badawi (Dibaca olih Bilal sebelum Azan) dll.

Alhamdulillah, selepas menunaikan Solat Maghrib.. malam tadi, saya mengajak para jemaah untuk berselawat kepada Baginda tercinta Nabi Muhammad s.a.w

Semuga kita sekelian diperakukan sebagai Ummat Baginda.

Saya mengajak diri saya, keluarga dan pengunjung blog, perbanyakkanlah Selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sekadar di Sambutan Maulidur Rasul atau bulan Maulid, tetapi Istiqamah lah sehingga ketika kembali kepada Allah. Ajarlah & berilah peringatan kepada Ahli Keluarga kita, belilah buku mengenai selawat untuk menambah pengetahuan mengenai selawat.

Tuesday, February 23, 2010

Buah Delima

Khasiat Buah Delima

*Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji. *

*Khasiat buah Delima
1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3. Cara memanfaatkan Delima
Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam. Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari. Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.*
*Delima ubati sakit mata*

*SELAIN pokok bunga atau sayuran, pokok buah-buahan turut dijadikan perhiasan di halaman rumah. Tidak kira pokok itu bersaiz besar ataupun kecil, ia tidak penting kerana selain dapat mengeluarkan buah ia juga sesuai dijadikati tempat berteduh. Namun begltu, ada sesetengeh pokok buah-buahan turut mempunyai khasiat untuk kesihatan diri dan dapat digunakan merawat penyakit tertentu.

Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, pokok DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut. Pokok itu yang dalam istilah botani dinamakan sebagai Punica granatum dikatakan sesuai untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.
“Khasiat itu berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional,” kata Tajuddin ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, bagi merawat batuk beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.

>Setelah itu tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja . Minum air itu dan
amalkannya untuk beberapa, hari. “Bunganya yang segar pula sesuai untuk melegakan sakit perut dengan cara merebuskannya sehingga mendidih. Tapiskan untuk dapat airnya. Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan,” kata Tajuddin. Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.

Peringatan

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini..

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya....

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Monday, February 22, 2010

Artikel ulangan mengenai PISANG...


Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “ sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.
Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital “ makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda. Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi “ garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman :
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita...
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! Lain-lain
Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan.

Thursday, February 18, 2010

DISTRIBUTION

Distribution Channel.
  • Behind every successful company is an extensive and efficient global distribution network.
  • Consider some of the top brands in the world such as Coca-Cola, IBM, Toyota, Apple, Rolex, Nokia, Heineken, Sony and Nike.
  • Very different industries but invariably, they all share a few common traits, one of which is the wide reach of their distribution channels.
  • For all their product and marketing savvy, none of them would have been where they are today if they did not have that distribution channel to back them up

What kind of distribution channel to use?

  • Should the product be sold through a retailer?
  • Should the product be distributed through wholesale?
  • Should multi-level marketing channels be used?
  • How long should the channel be (how many members)?
  • Where should the product or service be available?
  • When should the product or service be available?
  • Should distribution be exclusive, selective or extensive?

Program Rehlah Di Taman Negara Relau, Merapoh, Pahang


Cuba perhatikan gambar dengan teliti...


Pendakian masuk ke Gua Gajah, camno Gajah naik keatas..





Gua Gajah.


Bekas Tapak Kaki Gajah

Wednesday, February 17, 2010

Friday, February 12, 2010

MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannyaselama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Rawatan Segera "STROKE"

Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek sampingan apapun. Pertolongan pertama ini dijamin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT yang dapat berhasil 100%.

Sebagaimana diketahui, orang ya ng mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi sedikit.

Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang. Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN DIPINDAHKAN! !! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak.

Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan. Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada, maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu disterilkan dengan cara dibakar di atas api. Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN.

Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung jari. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis darah. Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali. Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.

Setelah i tu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. Dengan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut si penderita akan kembali normal.Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja dan pada bila-bila masa saja.

SIMAAS – Perawat Dari Sarawak
http://simaas.blogspot.com/

Wednesday, February 10, 2010

Supply Chain Management (SCM)

Supply chain management flows can be divided into three main flows:

  • The product flow .
  • The information flow .
  • The finances flow.

Supply Chain Management is an integrative approach that considers both the inbound (upstream) and outbound (downstream) floe of materials,services and goods to the firm.

Supply Chain Management is the integration of business processes from end user through original suppliers that provide products, services and information that add value to customers

Supply Chain Management- the integration process.

  • Traditionally upstream and down stream portions of the supply chain have interacted as disconnected entities with sporadic information flow over time.
  • Successful supply chain requires a change from managing individual functions to integrating activities into supply chain processes.
  • Operating an integrated supply chain requires continuous information flows that in turn help to create the best best mix of product flows.
  • The customer remains the primary focus of the process.
  • Improved linkages with suppliers are necessary to control uncertainties in demand, manufacturing processes,and supplier performance.
  • Improved level of collaboration with supplier and customer.
  • Information processed with accuracy and timeliness giving fast response to changing customer demands.