Anak saya telah menghadiri perkahwinan seorang kawannya yang berstatus janda muda, usia bawah 20an. 2 hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang diadakan dirumah ibu saudara
beliau, amat mengharapkan kehadiran anak saya ke majlis tersebut. Alhamdulillah anak saya dapat menghadirkan diri kemajlis berkenaan bersama kawannya.
Amat menyedihkan cerita anak saya, dengan keadaan bilik pengantin yang tidak terurus, tempat makan sekadar ada.., ketika majlis angkat nikah di adakan di surau, hanya anak saya dan kawannya menjadi peneman pengantin perempuan, ketika bapa pengantin bertanyakan
persetujuan.. hanya kedengaran ayat " ju " sahaja.., dan ketika hendak t/tangan beliau mengeraskan untuk tidak menanda tangani surat yang berkenaan dan berkata " Kakak.., saya tak nak kahwin ", lantas anak saya memujuk beliau dengan mengatakan ini sudah jodoh beliau dan jangan malukan bapa beliau. Anak saya dan rakannya menangis melihat keadaan kawannya.
Wang hantaran dari keluarga lelaki hanya RM1000 sahaja. Dimajlis tersebut hanya menerima hadiah dari kawan-kawan sekadar 4 buah bungkusan hadiah. Anak saya semasa hendak membeli hadiah cuma ingin membeli barang biasa, tetapi hati saya sendiri tidak berapa selesa, lantas saya sendiri yang memilih hadiah berkenaan agar dapat memberi sedikit kegembiraan
kepada rakannya dan menjadi kenangan sebagai seorang sahabat.
Perkahwinan ini adalah kehendak bapa rakannya yang beristeri tiga (3). Manakala rakan anak saya pula dalam kategori " LURUS ". Apa yang mampu dilakukan? Bagi seorang wanita AIR MATA ADALAH PENGUBAT DUKA.
Kepada pengunjung blog, janganlah padang hina kepada mereka yang berstatus janda. Kat taman saya pun ada yang mengahwini janda dengan hantaran RM10,000, janda yang dah ada
anak.., malangnya janda yang masih muda tanpa anak nilainya hanya RM1000.
Pastinya ada yang akan mengatakan takdir.., tetapi mereka lupa, jawapan mereka seolah-olah Allah itu dzalim pada hambaNYA. Mereka sering lupa.. Allah mengurniakan AKAL untuk kita berfikir. Bersifat Ehsanlah sesama manusia, mudah-mudahan di akhirat kelak kita berolih Ehsan daripada Allah.