KAEDAH MEMBUANG SAKA
Cara ni memang ekspres nak buang saka tapi tak semestinya 100% berkesan.
Lakukan decleration/pengumuman berikut dengan suara yang jelas:
"Bismilahirrohmanirrohim, dengan Nama Allah & RasulNYA Muhammad SAW, Saya (nama binti ibu), mewakili diri saya, ahli keluarga saya, ibubapa saya, nenek moyang saya dan keturunan saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dengan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Cukuplah Allah yang memelihara dan melindungi kami. Pergilah dan pulanglah kamu ke alam yang Allah sediakan untuk kamu, jikalau kamu tiada tempat untuk dituju, pergilah kamu ke penempatan Darul Islah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Kami membuang kamu."
Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan dan buang sambil menyebut " Allahu Akbar ".
Selamat mencuba.
Wallahu 'Aklam.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Showing posts with label Ustaz Tarmizy RWG-CH. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Tarmizy RWG-CH. Show all posts
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)