Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Tuesday, February 4, 2020

Doa Selepas Azan


‍‍‍
Mendoakan ibubapa setelah Azan
Saranan Sheikh Abu Zaki sebagaimana beliau riwayatkan dari gurunya Habib Abdillah Al-Jufri dari  Sheikh Umar Al-Khatib bersambung  kepada Imam Al-Hadad agar mendoakan kedua ibu bapa sebanyak 5 kali tiap kali selepas Azan  (selepas membaca doa Azan), bagi memenuhi kewajipan berterima kasih kepada mereka. Sekurang-kurangnya membaca
(5x) رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَ الِدَيَّ
Selepas itu baca
اَللّٰهُمَّ اِنِّي اَسْاَلُكَ الْعَفْوَ وَاْلعَافِيَةَ فِي الدُّنّيَا  وَالْاَخِرَةِ
Ya Allah, aku memohon kepadaMU keampunan dan keselamatan dunia dan akhirat
Kemudian baca
اَللّٰهُمّ بَارِكْ لِيْ فِيْ اَوْلَادِيْ وَلَا تَصُرُّهُمْ
وَوَافِقْهُمْ لِطَاعَتِكَ وَارْزُقْنِي بِرُّهُمْ
Allahumma, berkati bagiku anak-anakku dan jangan Engkau  mudharatkan mereka, dan Engkau kurniaka taufik  buat mereka agar ta'at kepadaMu, dan rezekikanku  kebaikan mereka.