Alhamdulillah diizinkan Allah dapat menziarahi guru yang dikasihi (Tuan Haji Sulaiman Bin Yahya di Kg. Pulau Meranti, Beruas, Perak) setelah begitu lama tidak ketemu beliau. Usianya kini 82 tahun, masih mampu membaca tanpa kacamata. Sambil berbual saya ambil kesempatan bertanyakan kaedah merawat. Saya turut berkongsi sedikit pengetahuan kaedah merawat, amat terharu saya apabila beliau sebagai guru memohon keizinan dan ijazah amalan dari anak murid beliau sendiri. Entah bila akan berpeluang ketemu beliau lagi, cukup sayu meninggalkan beliau yang juga merupakan sahabat baik arwah bapa saya. Masih ingat kata2 beliau kepada anak2nya ' Apabila aku sudah tiada, hampa carilah xxxxxxx kalau nak keilmuan milik aku '. Wallahu a'lam.