Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Monday, October 18, 2010
Rawatan Bertindan
Pesakit atau famili mereka umumnya mahu sakit yang dihadapi atau deritai itu akan sembuh seperti sediakala (back to normal) secepat mungkin/segera. Jadi mereka akan berusaha untuk menemui perawat-perawat, bomoh, dukun. tabib dan sebagainya. Akhirnya jadi bertindan/bertindih rawatan, contohnya malam ini dirawat olih perawat A.., esok pagi rasa tak OK terus jumpa Bomoh B, lepas tu ada pula jiran atau family yang simpati bawa pula perawat, akhirnya penyakit kembali kepada asal. Bila dah pening rujuk semula kepada perawat A disebabkan apabila mereka buat analisa, berikhtiar dengan Perawat berolih perubahan ataupun berkesan, contohnya (Contoh lagi.. hehehe) kalau pening tu kuat sangat atau kerap-kali maka jadi berkurangan. Pesanan saya kepada perawat2 baru, kalau nak merawat tu.. jangan terlebih semangat sangat, sampai aje pesakit.. erm ruqyah selalu, tanya dahulu atau selidiki dahulu pesakit.. tanya sedikit soalan.. adakah pesakit sedang dirawat olih perawat lain. Ini bukan masalah pantang ke apa ke.., ini masalah adab.., kadangkala.. pesakit tak minum pun air yang telah diruqyah untuk minuman dan mandian terus jumpa perawat lain atas alasan tak ada kesan ataupun tak serasi. Mereka jadi terlupa yang menyembuhkan penyakit tu bukannya Perawat tetapi Allah. Diharap perawat baru tidak berkecil hati dengan nasihat Orang Tua.., saya minta maaf bebanyak kalau dame terasa hati.