Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Monday, October 11, 2010

Menyiang Daging

Tarikh 10/10/10 merupakan tarikh yang dipilih untuk majlis perkahwinan, daripada orang terkenal seperti Syeiikh Muzafar hinggalah yang berada di kampung. Kat kampung atau taman-taman di kawasan luar bandar masih mengamalkan tradisi memasak beramai-ramai, dilantik ketua tukang masak dan yang lain membantu, cuma bezanya ,dahulu mengguna kayu untuk memasak.. erm terasa haba api yang panas dan asap, sekarang ini dah mudah dengan menggunakan dapur Gas..., pakai kain pelikat pun bolih bantu mengacau, menggode masakan (ayat orang Pahang).

Kembali kepada bab menyiang daging, pelepah pisang banyak kegunaannya... selain jadi pelapik atau alas kepada daging yang dipotong, kalau pisau yang kita gunakan untuk memotong atau menghiris daging sudah terasa tumpul.. sila tusuk pisau itu ke pelepah pisau, InsyaAllah dapat menghilangkan lemak yang lekat kat mata pisau. Kalau masih tumpul juga, maka kenalah asah. Semuga bermunafaat kepada tuan/puan.