InsyaAllah tak lama lagi kita akan menunaikan ibadat puasa, semuga kita dikurniakan Allah keafiatan agar dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna, dan berolih redho dari Allah agar puasa kita tidak menjadi sia-sia berolih lapar & dahaga sahaja disebabkan kecuaian kita melanggar peraturan yang telah ditetapkan olih Allah dan bimbingan dari Rasulullah.
Seperti biasa routine di hari minggu ini adalah menemani isteri untuk membeli barangan keperluan harian, juga memberi juadah sarapan pagi. Minggu ini cukup ramai pengunjungnya, kenapa? Inilah sikap yang payah nak diubah. Mereka membeli barangan melebihi keperluan biasa sebab akan berpuasa minggu hadapan. Umumnya dihari biasa membeli beras biasa, kini bertukar kepada beras wangi atau yang lebih mahal, kalau biasa menggunakan gula merah kini bertukar kepada Gula Kabung (Gula Enau), kata mereka " Tak berapa sedap kalau makan beras biasa dibulan puasa ". Mereka sibuk berbelanja seolah-olah dibulan Ramadhan ini tak bolih makan. Hari ini pastinya mereka akan masak lauk yang hebat-hebat disebabkan minggu hadapan mereka sudah tidak bolih lagi makan di siang hari.
Sebelum perang lagi dah tewas, ini belum lagi tiba hari berpuasa, bila berkunjung ke pasar ramadhan, Allahu.., lindungilah hambaMU dan keluarga hambaMU ini dari kejelikan nafsu, tewas dengan nafsu di bulan yang penuh keberkatan ini.