Setelah Rasullullah SAW wafat, Saidina Abu Bakar bertanyakan kepada anak perumpuan Rasullullah , Aishah. Apa perkara yang Rasullullah buat sepanjang hidup banginda yang Abu Bakar tidak buat. Saidina Abu Bakar seorang sahabat Rasullullah yang taat dan ikut apa sahaja amalan yang Rasullullah buat. Beliau kuat lakukan ibadah, puasa, amal kebaikan dan ikut semua yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah. Aishah menjawab: “Semua amalan yang Rasullullah buat Abu Bakar juga buat tapi ada satu sahaja yang Rasullullah buat tapi Abu Bakar belum buat.” Abu Bakar bertanya: “ Apa dia ya Aishah?” Aishah menjawab: “ Baginda Rasullullah selalu pergi jumpa seorang lelaki tua yang buta dihujung kampong sambil membawa roti.”
Setelah Saidina Abu Bakar tahu pasal perkara tersebut, beliau pun pergi ke hujung kampong untuk berjumpa dengan lelaki tua yang buta itu dengan membawa roti sebagaimana Rasullullah lakukan. Sampai sahaja di rumah orang tua itu, Saidina Abu Bakar memberi salam dan masuk ke rumah orang tua itu. Saidina Abu Bakar lihat orang tua itu dan memberikan roti kepadanya. Orang tua yang buta itu bertanya pada Saidina Abu Bakar : “Mana orang yang selalu datang membawa roti kepada ku? Orang itu selalu menyuapkan roti ke dalam mulutku.” Apabila mendengar percakapan orang tua itu, Saidina Abu Bakar pun menyuapkan roti pada mulut orang tua buta itu ,sebagaimana Rasullullah lakukan. Orang Tua Buta itu berkata : “ Biasanya orang yang suapkan roti kepada ku memberi suapan dengan penuh lembut, dan dia melembut-lembutkan roti yang keras ini sebelum memasukkan dalam mulutku.” Saidina Abu Bakar pun melembutkan roti itu sebelum memasukkan ke dalam mulut orang tua yang buta itu. Orang tua itu berkata, “Mana lah pergi orang yang selalu menyuapkan roti kepada ku…” Sambil menikmati roti yang disuapkan oleh Saidina Abu Bakar, orang tua itu tiba-tiba membuka cerita pasal Rasullullah…. Orang Tua itu sangat benci dengan Rasullullah kerana Rasullullah seorang yang dusta! Orang tua itu memarahi Rasullullah…. Saidina Abu Bakar rasa sangat marah dan merah padam mukanya diatas apa yang orang tua buta itu katakan. Tapi beliau sabar dan diamkan diri. Setelah habis orang tua itu mengata perkara yang buruk tentang diri Rasullullah….orang tua itu pun bertanya pada Saidina Abu Bakar, mana pergi orang yang selalu datang melawat dia dan menyuapkan roti kepadanya. Saidina Abu Bakar pun menjawab, “Orang yang tuan maksudkan itu sudah meninggal dunia…” Orang tua buta itu rasa terperanjat dan sedih…. Abu Bakar berkata lagi…”Orang yang selalu datang melawat tuan sambil menyuapkan roti dan yang baru meninggal dunia itu adalah Rasullullah sendiri…” Terperanjat besar orang tua itu bila dia baru mendapat tahu yang selama ini orang yang dia benci, marah adalah Rasullullah. Lantas berjurai-jurai air mata orang tua itu mengalir dan meraung kekesalan. Dia sungguh sedih kerana orang yang melawat dia adalah Rasullullah sendiri…walaupun sepanjang Rasullullah menyuapkan dia roti, orang tua itu mengutuk baginda. Abu Bakar juga menangis dan terharu…betapa tingginya sifat kemaafan Rasullullah , walaupun orang benci, marah kutuk kepada baginda tetapi baginda maafkan sahaja…
Rasanya bolehkah kita menjadi pemaaf seperti Rasullullah SAW? Insya Allah, kita sama-sama cuba lakukannya.