Acapkali kita baca dan dengar dimedia elektronik, akhbar, sembang-sembang rakan, ahli mesyuarat tingkap dsbnya mengenai pesakit jadi mangsa perawat atau Tok Moh. Malangnya kejadian terebut terus berlaku, salah siapa?
Pesanan saya, kalau pergi untuk berubat (dirawat) tu biarlah berteman, kalau permintaan yang pelik-pelik tu tak payahlah ikut, seperti berduaan dengan perawat atau Tok Moh. Pastu dimandikan dalam keadaan berkemban, lumur minyak di badan.. mengarut aje tuh.
Sebaiknya pergilah kepada perawat yang merawat seperti Darul Syifa', Darus Salam dll.
Pihak Akrine pula kalau merawat pesakit perempuan, yang hadir sama mestilah berteman, kalau yang dah berkahwin datanglah bersama suami, pastu pakaian kena sopan, waktu rawat kena pakai kain telekung. Perawat Akrine telah diberi nasihat dan pesanan olih TG Ustaz Abdul Majid, sentuhan mestilah paling minima dibadan pesakit, perawat akan menggunakan Besi Rawatan untuk sentuh pesakit, kalau terpaksa memegang kaki pesakit, tangan mesti berlapik,
tidak merenung mata pesakit terlalu lama, tidak berada rapat disisi pesakit, tidak meruqyah seperti berbisik ditelinga.
Untuk pesakit yang terkunjung blog ini, nasihat saya ubat untuk sakit yang paling utama adalah menjaga hubungan dengan Allah. Ikhtiar lain tu jatuh no.2 dan seterusnya.
Wallahu 'Aklam.