Untuk membersihkan kawasan Surau bukanlah sesuatu perkara yang mudah, umumnya jemaah/penduduk lebih suka ianya dilakukan dengan tajuk Gotong Royong, pastu kena ada budget untuk makan/minum. Nak jemput pihak YB dsbnya dan perlu sediakan itu dan ini. Akibatnya rumput dan lalang di dalam kawasan surau bertambah panjang dan menjadi semak.
Masalah sedemikian adalah lumrah di Surau, di taman kediaman saya. Untuk nak mengatasi masalah ini, saya mengajak budak belasan tahun dan kanak-kanak yang selalu ke Surau. Lebih mudah daripada mengajak orang tua-tua yang pasti banyak alasan.
Saya memesin rumput, mereka pula menyapu sampah, membersihkan kawasan surau. Saya juga menyediakan minuman untuk mereka atas tanda terima kasih kepada mereka kerana membantu. Tidak secara langsung saya dapat mendidik anak-anak ini sayang pada Surau mereka.
Semuga anak-anak tersebut menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, Aamiiiin.