Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Wednesday, July 8, 2015
Ikhtiar Penyakit Batuk 2
kalau batuk dan selsema,
Separuh@setengah gelas air suam, 3 biji limau nipis dan 1 sudu teh madu lebah.
Wallahu A'lam.
Friday, February 6, 2015
Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu
Kaedah ini dikongsikan olih seorang sahabat saya (India Muslim)
yang menghidapi penyakit ini.
Beliau melakukan ikhtiar minum air rebusan betik muda yang
dibelah dua. Alhamdulillah, dengan izin Allah beliau sembuh.
Ada juga kawan yang kongsikan kaedah blend/kisar 3 biji putik nenas
dan dicampur sedikit madu. Alhamdulillah beliau juga diizinkan
Allah sembuh.
Kalau kat farmasi bolih beli Urisoda, melawaskan kencing juga
perlu minum banyak air masak.
Wallahu A'lam.
Ikhtiar kecemasan Penyakit Kencing Manis
Alhamdulillah, kembali lagi saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai ikhtiar
penyakit kencing manis. Sebaiknya dapatkan rawatan perubatan moden, jaga pemakanan,
jangan lupa makan ubat atau suntikan insulin secara moden (seperti pen)mengikut
nasihat Doktor Perubatan.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya, kesembuhan itu Hak Milik Mutlak Allah Ta'ala,
namun begitu kita wajib berikhtiar, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
Kaedah yang dikongsikan olih sahabat saya dari Kelantan (Jema'ah Qudrah SeMalaysia)
Bahannnya:-
1. Air mineral setengah gelas
2. Satu biji buah totamo yang telah masak
3. Satu sudu teh serbuk mauripan (Yang buat roti/pau dsbnya)
Blend kesemuanya dan terus minum.
Wallahu A'lam.
Monday, February 10, 2014
Ikhtiar Masalah Sengugut
Minum air rebusan Buah Delima + 5 Helai Daun sireh.
Buah delima dibelah 4 atau 5, tak perlu buah yang
sudah masak, rebus semuanya termasuk kulit buah dan
masukkan 5 helai daun sireh.
Tak perlu air 3 gelas kepada 1 gelas, asal kelihatan
masih keruh tu, In shaa Allah, bolih diminum lagi.
Sukatan minum adalah 1 atau 2 sudu sahaja. Jangan
berlebih mungkin beri effect panas badan.
Bolih juga ikhtiar untuk permasalahan buah pinggang
peringkat awal ataupun prostat.
Kalau masalah prostat, elok menggunakan Minyak Zaitun
yang ORI. Ruqyah menggunakan ayat At-Tin, Al-Fil atau
ayat 82 Surah Yasin.
Kemudian sapu pada ari-ari, jangan gosok sekadar
sapu sahaja.
Wallahu A'lam.
Thursday, July 11, 2013
Sejadah Tikar Mengkuang
Teringat masa kecil-kecil dulu solat menggunakan tikar mengkuang sebagai sejadah. Alhamdulillah baru-baru ini dapat beli sehelai dipasar minggu.
Monday, March 18, 2013
Ikhtiar untuk penyakit kencing manis
Lama tak menjenguk blog, nak kata busy tidak juga, nak kata takde perkara yang nak dikongsikan pun tidak juga. Mungkin saya lebih beri penumpuan kepada chat di skype atau line naver.
Minggu lepas, kawan saya menceritakan bahawa sejenis pokok yang bolih diperolehi dikawasan paya, sawah/bendang yang terbiar. Masyarakat Cina cukup mengenali pokok ini.
Pokok ini yang tingginya lebih kurang pokok keladi, batangnya berduri, kalau nak cabut untuk mendapatkan akar tunjangnya kenalah pakai sarung tangan yang tebal atau dibalut dengan guni untuk mencabutnya.
Potong akar pokok ini hingga kebahagian umbinya, dibasuh bersih, dipotong mayang seperti memotong bawang. Letak atas helaian akhbar untuk dikeringkan, jangan dijemur pada panas matahari. Letak dalam rumah pun insyaa Allah akan kering.
Untuk menggunakannya, masukkan 2 atau 3 keping kedalam 1 gelas air panas, tutup dahulu gelas/cawan, bila dah sejuk sedikit barulah diminum. Elok diamalkan dengan meminumnya pagi dan malam.
Namun tuan/puan perlu faham, ikut keserasianlah, berdoalah kepada Allah, asbab meminumnya Allah kurniakan kesembuhan. Wallahu A'lam.
Insyaa Allah, nanti saya akan masukkan gambar pokok berkenaan, tak sempat nak transfer gambar dari HP ke laptop antik saya.
Monday, December 17, 2012
AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH
AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH - Info dari Rakan FB Bomba
Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.
Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan.
Tuesday, November 20, 2012
Air Terjun Chamang ,Bentong, Pahang.
Tempat ini memang nyaman untuk istirehat bersama keluarga, nak bercamping pun bolih, cuma bab nak mandi perlulah berhati-hati, ramai yang telah jadi korban atau mangsa di Air Terjun berkenaan. Airnya agak begitu deras.
Monday, November 12, 2012
Doa Abu Darda
Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya ".
Wallahu A'lam.
Sunday, October 28, 2012
Rawatan penyakit batu karang
Ramai masyarakat Malaysia yang menghidapi penyakit batu karang samada di dalam buah pinggang, hempedu atau hati. Kaedah rawatan medic umumnya dengan ubat memecah batu karang, pembedahan dan rawatan menggunakan LASER.
Rawatan alternatif pula menggunakan herba dan ruqyah. Ada juga rawatan kaedah 'Bedah Batin ' ma'af saya tak mahu komen mengenainya.
Sukacita saya ingin kongsikan ayat untuk ruqyah penyakit berkenaan yang diajar olih guru saya, Allahyarham Haji Sulaiman Yahya.
Sebaiknya ayat untuk ruqyah perlulah dijadikan amalan secara istiqamah, nasihat saya.. perlu jaga niat, fokuskan niat kita kepada " Lillahi Ta'ala ".
Ayat berkenaan adalah daripada Surah Al-Baqarah Ayat 60.
Dibaca dengan jumlah yang ganjil, ruqyah pada Air Hujan Malam Juma'at ataupun Air Zam-Zam, Air Kelapa Hijau. Minum 7 hari berturut-turut.
Pembaca blog fazintan bolihlah meruqyah menggunakan ayat2 yang biasa dibaca contohnya Surah Al-Hasyr Ayat 21. Ramai perawat yang membaca ayat ini.
Semuga bermunafa'at kepada pembaca blog saya.

Sunday, October 14, 2012
Kesembuhan Penyakit
Kefahaman bab kesembuhan penyakit sangatlah penting kerana ianya membabitkan soal Aqidah. Perawat, dukun, bomoh, Doktor dsbnya hanyalah yang melakukan ikhtiar tetapi fahami dan peganglah dengan jitu di hati bahawa Allah swt yang menyembuhkan penyakit. Semua yang berlaku semuanya adalah dengan kudrat, iradat dan izin dariNYA.
Firman Allah: Surah Asy Syu'araa' , Ayat 80 "dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku ".
Makin kerap berlaku permasalahan pesakit marahkan perawat apabila ikhtiar yang dilakukan perawat tidak sembuh. Penyakit yang dihidapi bertahun-tahun mengharapkan kesembuhan serta-merta.
Perawat, dukun, bomoh dsbnya perlulah memberi kefahaman kepada pesakit terlebih dahulu sebelum memulakan ikhtiar, beri tunjuk ajar.. agar kebergantungan mereka bab menyembuhkan penyakit itu hanyalah kepada Allah swt sahaja.
Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan rawatan alternatif sahaja tetapi turut melibatkan rawatan moden. Berhatilah berkata-kata bab rawatan ini dengan cakap beralas atau berlapik.. contohnya " Alhamdulillah.. dengan ikhtiar dapatkan rawatan daripada Dr. ABC, Allah kurniakan kesembuhan sakit saya ".
Wallahu A'lam.
Thursday, October 4, 2012
Friday, September 14, 2012
Demam Panas 2
Alhamdulillah, saya sambung sedikit bab demam panas. Ibubapa perlu ambil serious dengan permasalahan demam panas ini, mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada anak terutama anak kecil. Nanti menyesal tak sudah... berkemungkinan anak tersebut akan menjadi cacat disebabkan kerosakan saraf pada otak.
Baru2 ini semasa saya menghadiri majlis khenduri kahwin di Batu. 7, Sijangkang, semasa berehat..
berbual dengan makcik.. dari masyarakat Jawa.., mereka menggunakan daun Bunga Raya Putih. Sekarang memang sukar diketemui kata mereka.
Kalau tidak dapat daun bunga raya berkenaan, guna daun bunga raya putih. yang penting lakukanlah dengan kaedah ruqyah dan berdoa kepada Allah.

Thursday, August 30, 2012
Anak menghadapi peperiksaan
Tunjuk-ajar dari Guruku.. Ustaz Saiful Hazmi.
Ibubapa melakukan amalan ini bertepatan anak akan atau sedang menjalani peperiksaan dijalankan:
Dalam keadaan berwuduk dan mengadap kiblat.
• Mengucap 2 kalimah Syahadah - 3x (Sebaiknya dengan Qasad)
• Al- Fatihah - 1x
• 3 Qul - 1x
• Surah Insyirah - 1x
• Selawat Atas Nabi (Selawat Ibrahimiyah atau Syifa) - 10x
• Baca Surah Yaasiin - 1x
• Baca Surah al-InsyiraH - 100x (Alam-Nasyrah..)
• Baca Surah An-Nashr - 3x (Izaaja...)
• Baca Tasbih, tahmid, tahlil dan takbir - 33x
• Berdoa
WallaaHu a'lam.
Semoga AllaaH swt mengijabahkan doa2 ibubapa yang cakna.

Wednesday, August 29, 2012
Demam Panas
Ramai ibubapa yang tak tahu bahawa kalau anak demam panas, perlu diturunkan suhu badannya segera. Jelun dulu kepala sebab kalau panas sangat kepala otak boleh rosak. air ramasan daun bunga raya (daun hijau yang jenis tebal sikit) amat baik.
lepas jelun kepala dan badan, usahakan mandi air suam. jangan terus air sejuk. Mula dari kaki
Kalau budak demam panas.. bolih beri minum air kelapa ke Ustaz?
Ustaz : Boleh. Jangan banyak. hanya sekadar sesudu teh. Tapi penawar dia yang sebenar adalah susu ibu, Maka ibu yang minum air kelapa. lepas tu susukan anak, Hanya kelapa hijau.
* Tunjuk ajar dari Guru.. Ustaz Saiful Hazmi.

Saturday, July 14, 2012
Batuk Oh Batuk...
Ramai yang mengidap penyakit batuk sekarang, di rumah saya sendiri.. semuanya kena. Paling lewat diri saya sendiri, masih belum sembuh sepenuhnya.. dan kini saya sendiri agak teruk. Bab berikhtiar ini dah bermacam yang dilakukan. Ubat dari klinik, farmasi, kedai ubat, traditional dan ruqyah masih sama.. dah 2 minggu. Yang menjadi masalah.. batuk seperti ada time pula iaitu pada jam 3 pagi dan hampir jam 5 pagi, masa inilah teruk.. batuk berpanjangan.. bila keluar darah.... erm.. stop. Mulai hari ini dah bertukar waktu, jam 3 petang tadi.. alhamdulillah.. walaupun teruk tetapi tidaklah mengeluarkan darah.
Nampak seperti pelik, tetapi adik yang datang dari Daerah Manjung menziarahi saya apabila mendapat khabar saya kurang sihat menceritakan, di Hospital Daerah Manjung, pihak Hospital telah membuka 2 kaunter untuk pesakit, yang MERAH adalah untuk kes Batuk Berdarah dan HIJAU untuk lain-lain penyakit.
Semuga Allah kurniakan kesembuhan kepada saya, family dan semua insan yang kini menghidapi penyakit batuk. Aamiin.

Subscribe to:
Posts (Atom)