Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Monday, July 19, 2010

Ilusi Mata?

Monday, July 12, 2010

Pokok Hiasan Beracun.


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. P astikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Thursday, July 8, 2010

Maha Suci Allah

“Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!” kata pegawai polis tersebut. Bingung. Solat jenazah. Di Funeral Home? Saya kehairanan. “Siapa yang meninggal dunia?” saya bertanya. “Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun” jawab pegawai polis itu. “Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi” saya bersetuju. Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang jemaah masjid. Kami bertolak ke Funeral Home itu dengan sebuah kereta limosin hitam yang disediakan oleh pihak gereja. Di sepanjang perjalanan, saya masih tidak jelas dengan majlis yang bakal kami hadiri. Perjalanan ke Funeral Home yang terletak di pinggir Belfast Selatan itu tidak memakan masa yang panjang. Kelihatan di perkarangan bangunan, banyak kereta dan orang ramai yang berpakaian hitam. Suasana diselubungi kesedihan. Pegawai polis yang membawa kami, memperkenalkan saya kepada seorang wanita Irish. Beliau berusia dalam lingkungan akhir 20′an. “Oh, inikah Imam tersebut?” tanya beliau. “Ya. Perkenalkan, Mr. Hasrizal” kata pegawai polis itu kepada wanita tersebut. “Oh, terima kasih Mr. Imam. Saya Jenny, ibu kepada Mary” beliau memperkenalkan diri kepada saya. Saya perasan yang Jenny tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Bagus sekali. “Maafkan saya. Saya menumpang sedih atas kematian anak puan. Bagaimana semua itu berlaku?” saya bertanya. “Entahlah. Kami bangun pagi dan Mary sudah pun meninggal dunia di dalam tidurnya” kata Jenny. Sungguh tragis. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang sihat, tiba-tiba ditemui meninggal dunia di dalam tidurnya. Saya segera teringatkan Saiful Islam yang masih kecil di rumah. Sesungguhnya setiap hari anak kita berjaya bangun daripada tidurnya dan bernafas, ia adalah anugerah Allah buatnya dan buat kita. Setiap hari adalah survival. Terasa benar betapa fragile seorang bayi. Betapa perlunya ibu dan bapa memberikan kepadanya sebaik-baik penjagaan. “Perkenalkan ini Mustafa, suami saya!” kata Jenny.


Saya menghulurkan tangan beriringan dengan senyuman. Mustafa berpaling ke arah lain. Enggan bersalaman dengan saya. Saya agak terkejut. Terkejut dengan penampilannya yang rugged dan beranting-anting. Terkejut kerana namanya Mustafa, seorang Muslim dari Algeria. Terkejut kerana dia enggan bersalaman dengan saya. Terkejut kerana isterinya yang Jenny itu pula yang mengusahakan kedatangan saya dan rombongan masjid untuk menyembahyangkan jenazah anak mereka, Mary. “Maaf saya, Imam. Dia kesedihan” kata Jenny. “Tak mengapa. Saya juga kalau berada di tempatnya, pasti sedih dan sukar untuk berkelakuan biasa” saya menjawab. “Saya seorang Katholik. Tetapi saya mahu Mary disembahyangkan sebagai seorang Muslim. Saya yang menghubungi pihak polis meminta mereka mencari masjid dan Imam” jelas Jenny lagi. Perlahan-lahan saya dan jemaah masjid melangkah masuk ke dewan. Saudara-mara mereka sudah memenuhi dewan. Sesungguhnya ia merupakan suatu pengalaman baru yang sungguh menguji keyakinan diri saya. Tidak pernah saya membayangkan boleh berada di dalam suasana seperti ini, suatu hari nanti. Saya berdiri di sisi keranda. Seorang anak kecil tidak seperti sekujur mayat. Wajahnya ada senyuman. Rambut dipintal cantik. Baju gaun putih sungguh berseri. Saya hampir terlupa, anak kecil yang ‘tidur’ itu telah tidur yang tidak akan menjengah pagi. Pergi tak kembali. Sebak dada menahan mata yang semakin berkaca. “Tidurlah sayang. Allah mengasihimu” saya berbisik perlahan. Keranda kecil itu kami betulkan posisinya agar bertepatan dengan Kiblat. Cuba mencari ruang yang bersih daripada patung Jesus dan gambar-gambar yang tidak kena untuk berada di hadapan kami yang mahu mengangkat Takbir.

Saya, Jamal, As’ad, Ahmad dan beberapa orang lagi jemaah Masjid yang hadir mengerjakan solat jenazah untuk melunaskan hak anak kecil itu ke atas kami. Semoga anak itu berehat di alam sana. Saya terkilan kerana ayahnya, Mustafa, enggan menyertai solat jenazah kami ke atas anaknya yang ‘malang’ itu. Beliau hanya duduk bersama keluarga isterinya yang Katholik itu, memerhatikan kami bersolat. Selesai solat didirikan, saya dikehendaki memberikan sepatah dua kata. Aduh! Apa yang mahu saya ucapkan? Di hadapan orang Irish itu? Katholik? Suasana sedih? Saban hari, ada sahaja tugas baru yang tidak pernah berada di dalam jangkaan saya. Setiap hari adalah cabaran. Kemahuan dakwah dan khidmat tidak cukup. Saya perlu ada keberanian untuk melakukan apa yang perlu. Just do it! “Silakan Imam!” kata pengerusi majlis. Tersentak saya daripada lamunan. “Encik Mustafa, Puan Jenny, ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir. Hari ini adalah hari yang sedih buat semua. Sedih buat Encik Mustafa dan Puan Jenny, sedih untuk kita semua dan sedih untuk saya, seorang bapa kepada seorang anak kecil. Ia sedih untuk kita semua. Tetapi kesedihan itu mungkin boleh dikurangkan dengan berfikir tentang sesuatu yang gembira…” saya memulakan bicara. Cuba untuk empati, dan memilih perkataan yang betul dalam keadaan emosi semua orang yang begitu rapuh.

“Di sisi Islam, setiap bayi yang lahir, tanpa mengira siapa bapa dan siapa ibunya, apa warna kulit dan di bumi mana kelahirannya, setiap bayi lahir suci. Penuh potensi untuk kehidupan. Mary meninggalkan kita ketika beliau belum mencapai usia baligh. Beliau suci dan dengan kesucian itu, beliau kita berada di tempat yang terbaik di sisi Tuhan. Dan jika kita biasa membayangkan bahawa anak-anak akan mengebumikan ibu bapa yang mati sakit tua, hakikatnya di dalam hidup ini boleh sahaja berlaku, ibu dan bapa yang menghantar anak pergi. Semua itu adalah cara Tuhan memberitahu kita, bahawa kita semua adalah milik-Nya” saya menyudahkan ucapan.

“Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)” [al-Kahf 18: 44]

Ucapan ringkas saya itu mendapat tepukan yang positif daripada sekalian mereka yang hadir. Saya menarik nafas lega. Dan dalam kelegaan itu, ungkapan sebenarnya adalah ALHAMDULILLAH. “Bagaimana dengan pengebumian? Apakah kita mahu biarkan sahaja anak itu dikebumikan di tanah perkuburan Kristian?” bisik salah seorang ahli rombongan masjid yang hadir. “Apakah salib yang bakal dipacak di atas keranda budak itu akan mengubah nasibnya di kubur? Semua itu bukan keutamaan kita. Berpeluang mengerjakan solat jenazahnya pun sudah merupakan nikmat yang besar buat kita. Jika pengebumian di kubur bukan Islam itu satu isu, serahkanlah ia kepada Encik Mustafa, bapanya. Apa yang penting, amalan si mati. Dan untuk almarhumah Mary, tiada apa yang perlu kita khuatirkan. Pengebumian untuk dia, bukan untuk kita!” saya menjawab.

Lelaki itu berpuas hati. Beliau beredar meninggalkan dewan Funeral Home itu bersama kami. Di dalam perjalanan pulang, fikiran saya berkecamuk. Antara sedih dan lega. Sedih memikirkan keadaan Mary. Tetapi lega Allah ‘mengambilnya’ semula pada usia semuda itu. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Mary akan membesar dengan baik jika ibunya yang Kristian Katholik itu bersungguh dengan Islam, manakala bapanya yang Muslim itu pula, entah di mana Islamnya. BEBERAPA HARI SELEPAS ITU

Pengalaman menyembahyangkan jenazah seorang anak kecil yang ibunya Kristian Katholik dan bapanya Muslim, adalah sesuatu yang tidak pernah berada di dalam bayangan saya semasa menerima perlantikan sebagai Imam di Belfast Islamic Centre. Saya tahu di Belfast memang ada sejumlah Muslim yang mengahwini Irish Kristian dengan peruntukan Syariah dalam perkahwinan Kitabiyyah. Apa yang sering merunsingkan saya adalah pada memikirkan nasib anak-anak daripada perkahwinan itu.

“Assalamualaikum, Imam” tiba-tiba Ahmad memanggil saya. “Wa ‘alaikum al-Salaam. Silakan!” saya menjawab salam. “Ada seorang pemuda bernama Jonathan. Beliau mahu bertemu dengan Imam” jelas Ahmad. Saya mempersilakan Jonathan masuk ke pejabat. Wajahnya seperti pernah saya lihat tetapi tidak pasti di mana. “Imam tidak ingat saya, barangkali. Saya hadir di majlis penghormatan terakhir ke atas baby Mary minggu lalu. Saya sepupunya” Jonathan memperkenalkan diri. “Oh begitu. Maafkan saya. Bagaimana Jenny dan suaminya?” saya bertanya. “Mereka berada di dalam keadaan yang baik. Terutamanya ibu saudara saya, Jenny. Dia memang seorang yang cekal” terang Jonathan.

“Apa hajat saudara datang ke masjid ini? Insya Allah saya cuba membantu” saya terus kepada urusan utama. “Semasa kami mendapat tahu Mary meninggal dunia, semua orang marahkan Jenny. Beliau menangguh-nangguhka n Baptism ke atas Mary sehingga Mary mati. Kami semua bimbang dengan keadaan Mary yang tidak dibersihkan daripada original sin dan ini menyulitkannya nanti untuk berinteraksi dengan Divine Life. Tetapi ucapan Tuan Imam selepas sembahyang itu mengubah segalanya. Saya terkejut apabila tuan katakan bahawa, menurut Islam Mary mati dalam keadaan yang bersih!” cerita Jonathan. “Benar. Bukankah itu juga yang sepatutnya?” saya menyoal lagi. “Ya, kami semua mahu percaya bahawa Mary suci. Susah sekali mahu membayangkan seorang yang kecil, suci dan bersih seperti Mary, mati sebagai manusia berdosa. Tetapi Islam menepati perasaan sebenar kami” ujar Jonathan lagi. Saya terkasima. Ucapan ringkas dan spontan saya tempoh hari amat hambar dan terlalu biasa buat saya. Rupa-rupanya impak ucapan itu besar kepada yang mendengarnya. “Saya mahu belajar tentang Islam” kata Jonathan. Masya Allah… benarlah Islam itu fitrah. Kematian Mary, adalah untuk ‘melahirkan semula’ Jonathan, seorang anak muda. Jonathan, selamat datang ke agama fitrah! Hebat sungguh perancangan- Mu!



ABU SAIF @ www.saifulislam. com

68000 AMPANG

Wednesday, June 23, 2010

Kejadian Burung..





Solat Nawafil (Sunat)

Posted by YUSSAINE YAHYA on Wednesday, June 23, 2010

Soalan 2 : Adakah boleh seseorang itu solat nawafil (sunat) di rumah kemudian menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu berjamaah?

Jawapan Syeikh ‘Athiyyah Shaqr : Ya , harus ia melakukan yang demikian itu. Sesungguhnya telah datang galakan dari Rasulullah SAW dalam masalah menunaikan solat nawafil (sunat) di rumah kerana menunaikan solat sunat di rumah adalah cahaya yang akan menerangi rumah kita dan tidak sepatutnya kita tidak menyirami rumah kita dengan cahaya solat.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kamu menunaikan solat di masjidnya maka hendaklah dia memastikan ada bahagian solat yang dijadikan di rumahnya (solat sunat) kerana bahawa sesungguhnya Allah SWT mengurniakan kebaikan untuk rumahnya dari solat yang dilakukan di rumahnya itu”.

Berkata Imam An Nawawi ; “Sesungguhnya telah digalakkan dalam menunaikan solat sunat di rumah adalah kerana ia lebih tersembunyi (dari pandangan manusia) dan lebih jauh dari riya’ dan lebih terjaga daripada perkara-perkara yang merosakkan amalan serta untuk memberkati rumah (dengan amalan solat sunat tadi) , dan menjadi sebab kepada tercurahnya rahmat dan dinaungi malaikat serta menjauhkan syaitan dari rumah itu”.

Soalan 3 : Jika seseorang terlewat dari menunaikan solat maghrib dan dia pergi ke masjid lalu mendapati solat Isyak telah didirikan, solat yang manakah yang harus ditunaikannya dahulu?

Jawapan Syeikh ‘Athiyyah Shaqr : Dalam kes seperti ini ia harus menunaikan solat Maghrib yang tertinggal tadi. Jika ia telah selesai menunaikan solat maghrib lalu ia dapati jamaah Isyak masih belum selesai maka itu merupakan kelebihan dan nikmat baginya untuk bersama dengan jamaah solat Isyak. Jika tidak sempat bersama jamaah isyak maka ia boleh solat berseorangan di belakang ataupun solat dengan jamaah yang lain pula.

Berkata jumhur para fuqaha’ , jika ia menunaikan solat Isyak sebelum solat maghrib yang ketinggalan disebabkan terlewat tadi maka batallah solatnya itu. Namun Imam Asy Syafie telah menghukumkan dengan sah solat orang yang mendahulukan Isyak dari Maghrib yang tertinggal tadi.

Jika Ia solat maghrib berjamaah bersama imam yang solat Isyak maka batallah solatnya di sisi jumhur kerana kewajipan kebersamaan antara doa solat (imam dan makmum). Namun tidak batal di sisi mazhab Imam Asy Syafie.

Dan wajib atasnya menunaikan solat maghrib dengan niat qadha’ (kerana terlewat dan masuk waktu solat yang lain).

YUSSAINE YAHYA

Pengerusi & Mudir Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)
di alamat : No 15 Jln Limau Kasturi, Tmn Sri Guar,Kangar,Perlis. Tel : 04 9772753

Hujan Batu Di Arab Saudi

Monday, June 21, 2010

Panduan Qira'at Dan Tarannum

http://www.zainul.com/Qiraat/yaasin.htm

Link untuk panduan Qira'at & Taranum Al-Quran. Semuga memberi munafaat kepada tuan/puan pengunjung blog Mencupu.

Green papaya cube with green tea - Effective cure for uric acid

  • This is a really effective; just mix green papaya cubes to the ordinary green tea, my cousin brother tried and found it very effective. I have also shared with a friend with gout to try this (his "toe joints" started to deform), after a week of drinking this formula there is significant improvement, after two weeks the toe joints heal and revert to normal state. It is almost three years now, the joint pain is gone, but he maintains the intake between 1-3 times monthly to avoid relapse.
  • Other friends suffering from years of gout problem have also recovered. It is good for all, even those without gout.
  • Good formula! Do share with the people in need!
  • An improved sequence by Professor Lai from the China School of Pharmacy :
  • Cut green papaya into small cubes, place into the water, bring to boil, then add green tea leaves, similar to the tea-making process. Clinical tests show that this brings better effects for treatment of gout, subject to frequent drinking of this formula.
  • Mr Liu Qing, Chief of the Rende Town in Tainan , was suffering for years from severe stomach pain around the posterior wall of stomach. He used green papaya as a tea pot to prepare the family tea daily, after a month his chronic disease condition was much improved. His family members with high uric acid were also healed by the same papaya tea. For this Mr Liu planted a lot of papaya to share with relatives and friends with similar sickness.
  • According to Mr Liu, in selection of the Green Papaya as tea pot, pick those whose shape are fat and short, with larger capacity. Cut off the top part of the papaya, clear away the seeds, open a small hole at the upper side wall to facilitate pouring of tea. Create a small ventilation hole at top cover, put in the tea leaves, pour in boiling water, place the top cover back to papaya, you may use the toothpicks to secure the top cover. Similar to normal process of preparing tea.
  • Liu like to use Oolong tea as the taste is good. He was pleasantly surprised that the stomach pains he suffered for many years was healed after a month of drinking tea from the green papaya pot, without taking any other medication. He passed some green papaya leaves to a friend who worked at a Medical Center to test and analyse the content. The tests confirmed that healthy the enzyme present in papaya is beneficial to human health. Now as papaya in Mr Liu's orchard is yeilding suitable size fruit, he would share the fruits with family and friends.
  • Xu Fuchang, an experienced papaya farmers, the green papaya refers to papaya that is not ripe, where the skin is still green in colour. Generally, the papaya takes about four months to fully mature and ripe, but there healing effect would be lost after it is fully ripe. Green Papaya should be harvested when the papaya is approximately three months old, when the fruit is still firm, and the "papaya milk" contains high papaya enzyme and other healthy ingredients. Not only the green papaya can be used in tea drinking, you may also cut them into cubes, and boil with the ribs, or even slicing the green papaya into fine long pieces and fried with garlic, very tasty, and no adverse effects on the human body.

Tuesday, June 1, 2010

Maklumlah Orang KAYA...


Ia Mercedes Benz dimiliki jutawan minyak Abu Dhabi (secara semula jadi). Prestasi adalah lebih mirip satu kapal terbang jet, lebih baik daripada kereta FM1? Menampilkan segi empat V10 baru dibangunkan turbo dengan 1,600 kuasa kuda dan 2800nm kilas (torque) 0-100km / jam kurang daripada 2 saat, 1/4 batu dalam 6.89 saat berlanjutan biobahan api.

Itu bukan keluli tahan karat, ia adalah Emas Putih! Saya pasti anda akan tidur lebih baik malam ini, mengetahui yang dolar tinggi anda membayar gas dan bahanapi sekarang ini ialah sekurang-kurangnya pergi ke satu sebab yang baik...

Mari Delete Lambang Zionis Dalam PC Anda

Ramai yang tak tahu di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis macam yang kat atas tu... Tak percaya?... Sila pergi ke c drive komputer anda dan lihat di sini :

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF

Itu adalah gambar lambang kemenangan zionis....


Untuk delete gambar ni,copy link di bawah:
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\

Klik mycomputer pada komputer anda dan paste di ruangan address pada komputer anda,tekan enter,kemudian cari fail J0285926.WMF dan delete.

Harap tolong hebahkan..

Saturday, May 29, 2010

Khatamun Nubuwwah

Thursday, May 27, 2010

Kisah Benar - Jenazah yang istimewa dan dirahmati Allah

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.

Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.

Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar. Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan l ain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.

Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi. “Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M. “Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya. “Ya, ustaz M bercakap”. “Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian. “Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya. “Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas. “Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “, balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.

Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi l ain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. .. Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?

Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.

Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan l ain yang keluar dari mulut mereka mel ain kan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?….

Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah sel ain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.

Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ram ain ya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah. Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….

Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan l ain yang boleh diucapkan selepas itu mel ain kan, “Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan… Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik k ain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… . Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M… Subhanallah!

Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ; “Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……” Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi. Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut. Wallahua’lam.

“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut: [101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

SEBARKAN PADA YANG LAIN…..

Friday, May 21, 2010

Mesin Pengeluar Wang Automatik



Pencipta mesin pengeluar wang automatik dah meninggal dunia
JOHN SHEPHERD-BARRON
--------------------------------------------------------------------------------

LONDON - Bekas pekerja sebuah syarikat pencetak wang kertas, John Shepherd-Barron yang mendapat idea untuk mencipta mesin pengeluar wang automatik meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berumur 84 tahun kerana sakit.

Dia mendapat idea untuk mencipta mesin itu semasa berada dalam bilik air selepas pulang dari bank kerana tidak dapat mengeluarkan wang. Shepherd-Barron mendapat idea itu dengan menggunakan konsep mesin coklat. Dia kemudian menjual konsep mesin pengeluar wang automatik itu kepada Bank Barclays di Britain.
Namun, pada mulanya, mesin itu tidak menggunakan kad tetapi cek khas. - Reuters Life

Di Negara kita Malaysia saya tidak pasti Bank manakah yang mula-mula menggunakan ATM, yang saya ingat adalah Hongkong & Shanghai Banking di Kuala Lumpur awal 1980an, camno tak ingat... ambil gaji kat HSBC kekal hingga sekarang.

Tuesday, May 18, 2010

Wong Fei-Hung


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin

Makin sepi

Bila pi jenguk blog yang sering di kunjungi, banyak yang sepi.  Jadi tidak menghairankan blog sendiri juga sepi. Pastu ada sahabat-sahabat yang telah menutup blog seperti Blog Ustaz Fakhrudin, Ustaz Tarmizy Rawang & Cikgu Nuar.

Sebenarnya memang banyak cerita yang bolih dikongsi bersama kat blog ni sebagai contoh semasa ke Kuala Terengganu dan Cameron Highland.

Tugas pun kian mencabar, banyak yang perlu dilaksanakan. Bulan hadapan pastinya bertambah sibuk bila internal Audit melibatkan banyak station.

Thursday, May 13, 2010

Free Perfume

News from Ampang Gleneagles Hospital Important news to pass it on Please spend 1 minute and read on... News from Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT !!!!! from Gleneagles Hospital Limited

Seven women have died after inhaling a free perfume sample that was mailed to them. The product was poisonous. If you receive free samples in the mail such as lotions, perfumes, diapers etc. throw them away.
The government is afraid that this might be another terrorist act.

They will not announce it on the news because they do not want to create panic or give the terrorists new ideas.

Send this to all your friends and family members.

Warmest Regards,

Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Human Resource Department
Tel: 03-4270 3474 03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472

Wednesday, May 5, 2010

Ibubapa bukan liabiliti

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri. "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya. " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak. "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Friday, April 30, 2010

Hobinya memancing


Kanser/Barah.

KANSER

Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kita telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kita. Untuk mengelakkan darah kita menjadi asid kita perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.

PENGETAHUAN AM

Gigi manusia menunjukkan bahawa kita sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging. Kitab Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja.

PENYEBAB KANSER

Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Satu sedutan rokok adalah 600 kali lebih merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam .

MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :

a) Makanan yang di BBQ

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi .

d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai .

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat . Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati .

UBAT KANSER SEMULAJADI

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).

Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa .

Sebarkan emel ini kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada yang menderita .

Tuesday, April 27, 2010

Research Methodology

Planning your research.
  • What do you want to know?
  • How do you find out what you want to know?
  • Where can you get the information?
  • Who do you need to ask?
  • When does your research need to be done?
  • Why? (Getting the answer)

The Literature Review.

What is a literature review?

  1. It is not a compilation of every work written about a topic
  2. It is not simply a list of sources reviewed separately for their own merit
  3. It is a survey or overview of the literature found to be significant to a topic
  4. It is a collection of scholarly works you’ve found to have relevance to a guiding topic (e.g., your thesis statement or research question)

Your literature review, either as a “stand alone” document or as a part of a larger research project, should:

  • Include an introduction defining your topic and the purpose of your review of the literature
  • Be organized by common themes or categories
  • Contain your summary and analysis of each work including its importance to the overall topic as well as its relationship to the other referenced works
  • Conclude with insights you’ve gained regarding your topic