Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Sunday, October 28, 2012

Rawatan penyakit batu karang

Ramai masyarakat Malaysia yang menghidapi penyakit batu karang samada di dalam buah pinggang, hempedu atau hati. Kaedah rawatan medic umumnya dengan ubat memecah batu karang, pembedahan dan rawatan menggunakan LASER.

Rawatan alternatif pula menggunakan herba dan ruqyah. Ada juga rawatan kaedah 'Bedah Batin ' ma'af saya tak mahu komen mengenainya.

Sukacita saya ingin kongsikan ayat untuk ruqyah penyakit berkenaan yang diajar olih guru saya, Allahyarham Haji Sulaiman Yahya.

Sebaiknya ayat untuk ruqyah perlulah dijadikan amalan secara istiqamah, nasihat saya.. perlu jaga niat, fokuskan niat kita kepada " Lillahi Ta'ala ".

Ayat berkenaan adalah daripada Surah Al-Baqarah Ayat 60.

Dibaca dengan jumlah yang ganjil, ruqyah pada Air Hujan Malam Juma'at ataupun Air Zam-Zam, Air Kelapa Hijau. Minum 7 hari berturut-turut.

Pembaca blog fazintan bolihlah meruqyah menggunakan ayat2 yang biasa dibaca contohnya Surah Al-Hasyr Ayat 21. Ramai perawat yang membaca ayat ini.

Semuga bermunafa'at kepada pembaca blog saya.

Mohonlah perlindungan kepada Allah

Sunday, October 14, 2012

Kesembuhan Penyakit

Kefahaman bab kesembuhan penyakit sangatlah penting kerana ianya membabitkan soal Aqidah. Perawat, dukun, bomoh, Doktor dsbnya hanyalah yang melakukan ikhtiar tetapi fahami dan peganglah dengan jitu di hati bahawa Allah swt yang menyembuhkan penyakit. Semua yang berlaku semuanya adalah dengan kudrat, iradat dan izin dariNYA.

Firman Allah: Surah Asy Syu'araa' , Ayat 80 "dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku ".

Makin kerap berlaku permasalahan pesakit marahkan perawat apabila ikhtiar yang dilakukan perawat tidak sembuh. Penyakit yang dihidapi bertahun-tahun mengharapkan kesembuhan serta-merta.

Perawat, dukun, bomoh dsbnya perlulah memberi kefahaman kepada pesakit terlebih dahulu sebelum memulakan ikhtiar, beri tunjuk ajar.. agar kebergantungan mereka bab menyembuhkan penyakit itu hanyalah kepada Allah swt sahaja.

Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan rawatan alternatif sahaja tetapi turut melibatkan rawatan moden. Berhatilah berkata-kata bab rawatan ini dengan cakap beralas atau berlapik.. contohnya " Alhamdulillah.. dengan ikhtiar dapatkan rawatan daripada Dr. ABC, Allah kurniakan kesembuhan sakit saya ".

Wallahu A'lam.

Thursday, October 4, 2012

Bukit Dabei, Sarawak.


Tasek Kenyir