Ramai yang mengidap penyakit batuk sekarang, di rumah saya sendiri.. semuanya kena. Paling lewat diri saya sendiri, masih belum sembuh sepenuhnya.. dan kini saya sendiri agak teruk. Bab berikhtiar ini dah bermacam yang dilakukan. Ubat dari klinik, farmasi, kedai ubat, traditional dan ruqyah masih sama.. dah 2 minggu. Yang menjadi masalah.. batuk seperti ada time pula iaitu pada jam 3 pagi dan hampir jam 5 pagi, masa inilah teruk.. batuk berpanjangan.. bila keluar darah.... erm.. stop. Mulai hari ini dah bertukar waktu, jam 3 petang tadi.. alhamdulillah.. walaupun teruk tetapi tidaklah mengeluarkan darah.
Nampak seperti pelik, tetapi adik yang datang dari Daerah Manjung menziarahi saya apabila mendapat khabar saya kurang sihat menceritakan, di Hospital Daerah Manjung, pihak Hospital telah membuka 2 kaunter untuk pesakit, yang MERAH adalah untuk kes Batuk Berdarah dan HIJAU untuk lain-lain penyakit.
Semuga Allah kurniakan kesembuhan kepada saya, family dan semua insan yang kini menghidapi penyakit batuk. Aamiin.
Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.
Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira
Saturday, July 14, 2012
Thursday, July 5, 2012
Nasihat Guru ku
Hukum Membakar Jin,
Seorang mu'alij Syeikh Ibrahim Abdul Alim membuat kesimpulan Haram membakar jin melalui bukunya berjodol Rujukan Lengkap Masalah Jin dan Sihir.
Beliau merujuk kepada kaedah membakar jin yang terdapat dalam sebuah kitab "Akhir Kalam fi Ikhraj Al-Jan" (Teknik akhir bagi mengeluarkan jin - halaman 38) dimana pengarang kitab ini menyarankan agar jin yang merasuk pesakit disiksa dengan api.
Umum juga mengetahui TG Dato' Ismail Kamus dalam bukunya Jin dan Pengobatannya di bahagian akhir terdapat teknik membakar jin secara ayatul Kursi 9 wakaf.
Syeikh Ibrahim berpandu kepada fatwa Kerajaan Arab Saudi yang memutuskan haram membakar jin dengan api yang tidak mahu keluar dari tubuh pesakit kerana tiada yang berhak memberi hukuman dengan api kecuali ALLAH.
Syeikh Ibrahim memetik 2 hadis bagi menyokong fatwa ini.
Yang pertama "Abu Hurairah RA menuturkan RasuluLLAH SAW pernah mengutuskan kami dalam satu misi, kemudian Baginda SAW berkata. "Jika kalian bertemu Fulan dan Fulan, maka bakarlah keduanya dengan api". Namun ketika kami mahu berangkat Baginda SAW berkata, "Sebelumnya aku perintahkan kamu untuk membakar Fulan dan Fulan, namun tiada ada yang boleh memberikan hukuman api kecuali ALLAH, maka jika menemukan keduanya bunuhlah mereka" (HR Bukhari)
Yang kedua dari Ibnu Mas'ud RA, kami sedang bersama RasuluLLAH SAW dalam sebuah perjalanan.....dan ketika Baginda SAW melihat kami telah membakar perkampungan semut baginda bersabda "siapa yang membakar semut-semut ini? kami pun menjawab "kami", baginda berkata "Tidak layak memberi hukuman berupa api kecuali Tuhan api itu sendiri" (HR Bukhari)
Sikap kita....
Apabila berdepan dengan fatwa (Kecuali Fatwa Haramnya Bersih 3.0!) maka kita tidak ada pilihan untuk akur kepada fatwa ini. Hadis yang disandarkan amat jelas tidak ada dalam Islam Hukum Bakar Dengan Api kecuali hukuman dari ALLAH di akhirat nanti... jelasnya hukuman bakar dengan api itu milik ALLAH
Yang tak boleh adalah memohon ALLAH membakar jin dengan api, tetapi boleh memohon ALLAH mengazab jin yang degil sebagai iktibar supaya jin ini keluar.
Seorang suami membawa isterinya untuk tujuan rawatan saka... apabila saya ruqyah ayat2 tertentu si suami menangis tersedu-sedu dengan alasan akhir-akhir ini jiwanya amat sensitif apabila dibaca ayat-ayat al-Quran. Usai rawatan terhadap isteruinya saya rawat dia pula secara ruqyah dan tikam. Saya tukar secara silih berganti ayat azab dengan ayat ni'mat. Bila dibaca ayat azab dia menangis dan bila dibaca ayat ni'mat dia tidak menangis..... ini mengukuhkan pendapat saya jin-jin akan terazab/tersiksa bila dibacakan ayat azab walaupun kita tidak berniat untuk membakarnya....
Oleh yang demikian melalui skema rawatan Akrine: niat, doa teknik dan ruqyah semua doa tidak boleh meminta bakar dengan api tetapi mohonlah azablah mudah-mudahan jin mendapat petunjuk
Hadis pertama menunjukan diantara bakar dengan bunuh RasuluLLAHSAW lebih cenderung untuk dibunuh.
Posted by Abdul Majid Hasan at 11:09 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)