Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, April 20, 2012

Saya hanya seorang PENDOA

Dah lama tak bercerita bab rawatan, kes sebenarnya memang ada. Ada rakan2 yang suka beritahu saudara atau kawan2 mereka bahawa saya adalah Tok Bomoh, maka saya selalunya akan membuat pembetulan dengan segera dengan memaklumkan saya bukanlah seorang Bomoh tetapi seorang yang diizinkan Allah menjadi PENDOA.

Saya pernah memberitahu seorang rakan perawat bahawa saya ini seolah-olah menjadi pengganti kepada Guru Lama saya yang telah kembali kerahmatullah.

Semuga Allah mengijabahkan ikhtiar saya membantu mereka yang memerlukan. Wallahu A'lam.

Tuesday, April 3, 2012

Mohon izin dari pesakit untuk meruqyah

Memohon keizinan daripada pesakit untuk meruqyah air (menjampi air) InsyaAllah akan ada keberkatannya. Selain adab, pendoa perlu faham... pesakit yang kita berikhtiar untuk dirawat kadangkala bukanlah orang sembarangan... begitu juga ahli keluarga mereka. Kalau ada ahli keluarga atau tetamu mohon izin daripada mereka, mohon jasabaik pada mereka agar sama2 berdoa semuga Allah ijabahkan ikhtiar pendoa. Wallahu a'lam.

Monday, April 2, 2012

Sebarkan