Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, May 21, 2010

Mesin Pengeluar Wang Automatik



Pencipta mesin pengeluar wang automatik dah meninggal dunia
JOHN SHEPHERD-BARRON
--------------------------------------------------------------------------------

LONDON - Bekas pekerja sebuah syarikat pencetak wang kertas, John Shepherd-Barron yang mendapat idea untuk mencipta mesin pengeluar wang automatik meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berumur 84 tahun kerana sakit.

Dia mendapat idea untuk mencipta mesin itu semasa berada dalam bilik air selepas pulang dari bank kerana tidak dapat mengeluarkan wang. Shepherd-Barron mendapat idea itu dengan menggunakan konsep mesin coklat. Dia kemudian menjual konsep mesin pengeluar wang automatik itu kepada Bank Barclays di Britain.
Namun, pada mulanya, mesin itu tidak menggunakan kad tetapi cek khas. - Reuters Life

Di Negara kita Malaysia saya tidak pasti Bank manakah yang mula-mula menggunakan ATM, yang saya ingat adalah Hongkong & Shanghai Banking di Kuala Lumpur awal 1980an, camno tak ingat... ambil gaji kat HSBC kekal hingga sekarang.