Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga serta sahabat2 sekelian dengan bilangan sejumlah makhluk-NYA, kebaikan Arasy-NYA dan tinta kalimat-NYA.
Ya-Allah aku menghadiahkan semua perkongsian keilmuan ini kepada Almarhumah isteriku sayang Zauaurah Binti Apipah.

Kepada tuan/puan yang menjengok blog saya ini, dan nak mengamalkan apa yang telah saya kongsikan, mohon jasabaik hadiahkan Al-Fatihah kepada Almarhumah isteri saya.
JazakAllahu khairan katsira

Friday, October 11, 2019

Doa Keselamatan


Ibnu Umar r.a menerangkan bahawa Rasulullah ﷺ bila berpergian dan tiba malam hari di satu tempat, baginda mengucapkan doa٫
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
يَا اَرْضُ رَبَّی وَرَبُّكِ اللّٰهُ .اَعُوْذُ بِا اللّٰهِ
مِنْ شَرِّكِ وَ شَرِّمَا فِيْكِ. وَشَرِّمَا خَلَقَ فِيْكِ.
وَشَرِّمَايَدُبُّ عَلَيْكِ. وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ اَسَدٍ
وَاَسْوَدٍ وَمِنَ الْحَيَّةِ وَالْعَقْرَبِ.
وَمِنْ سَا كِنِ الْبَلَدِ وَمِنْ وَالِدٍ وَمَا وَلَدْ
(الحديث)
Wahai bumi, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.  Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan dan segala bahaya yang ada di dalammu, bahaya yang dijadikan padamu serta segala bahaya yang melata di atasmu. Aku berlindung dari bahaya binatang buas dan manusia, ular dan kala, juga dari kejahatan jin dan kejahatan makhluk-makhluk dan makhluk yang diperanakkan.



Ayat 7



1. Surah At Taubah ayat 51
قُلْ لَّنْ يُّصِيْبَـنَاۤ اِلَّا مَا كَتَبَ اللّٰهُ لَـنَا ۚ هُوَ مَوْلٰٮنَا ۚ وَعَلَى اللّٰهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُوْنَ
qul lay yushiibanaaa illaa maa kataballohu lanaa, huwa maulaanaa wa 'alallohi falyatawakkalil-mu`minuun
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal."
(QS. At-Taubah 9: Ayat 51)
2. Surah Yunus ayat 107
وَاِ نْ يَّمْسَسْكَ اللّٰهُ بِضُرٍّ فَلَا كَا شِفَ لَهٗۤ اِلَّا هُوَ ۚ وَاِ نْ يُّرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَآ دَّ لِفَضْلِهٖ ۗ يُصِيْبُ بِهٖ مَنْ يَّشَآءُ مِنْ عِبَا دِهٖ ۗ وَهُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
wa iy yamsaskallohu bidhurrin fa laa kaasyifa lahuuu illaa huw, wa iy yuridka bikhoirin fa laa rooodda lifadhlih, yushiibu bihii may yasyaaa`u min 'ibaadih, wa huwal-ghofuurur-rohiim
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(QS. Yunus 10: Ayat 107)
3. Surah Hud ayat 6
وَمَا مِنْ دَاۤ بَّةٍ فِى الْاَ رْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَ يَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
wa maa min daaabbatin fil-ardhi illaa 'alallohi rizquhaa wa ya'lamu mustaqorrohaa wa mustauda'ahaa, kullun fii kitaabim mubiin
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
(QS. Hud 11: Ayat 6)
4. Surah Hud ayat 56
اِنِّيْ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّٰهِ رَبِّيْ وَرَبِّكُمْ ۗ مَا مِنْ دَآ بَّةٍ اِلَّا هُوَ اٰخِذٌ بِۢنَا صِيَتِهَا ۗ اِنَّ رَبِّيْ عَلٰى صِرَا طٍ مُّسْتَقِيْمٍ
innii tawakkaltu 'alallohi robbii wa robbikum, maa min daaabbatin illaa huwa aakhizum binaashiyatihaa, inna robbii 'alaa shiroothim mustaqiim
" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."
(QS. Hud 11: Ayat 56)
5. Surah Al Ankabut ayat 60
وَكَاَ يِّنْ مِّنْ دَآ بَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا ۖ اللّٰهُ يَرْزُقُهَا وَاِ يَّا كُمْ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
wa ka`ayyim min daaabbatil laa tahmilu rizqohallohu yarzuquhaa wa iyyaakum wa huwas-samii'ul-'aliim
"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 60)
6. Surah Al fathir ayat 2
مَا يَفْتَحِ اللّٰهُ لِلنَّا سِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا   ۚ وَمَا يُمْسِكْ  ۙ فَلَا مُرْسِلَ لَهٗ مِنْۢ بَعْدِه   ۗ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
maa yaftahillaahu lin-naasi mir rohmatin fa laa mumsika lahaa, wa maa yumsik fa laa mursila lahuu mim ba'dih, wa huwal-'aziizul-hakiim
"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(QS. Fatir 35: Ayat 2)
7. Surah Az Zumar ayat 38
وَلَئِنْ سَاَ لْتَهُمْ مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَا لْاَ رْضَ لَيَـقُوْلُنَّ اللّٰهُ ۗ قُلْ اَفَرَءَيْتُمْ مَّا تَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اِنْ اَرَا دَنِيَ اللّٰهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كٰشِفٰتُ ضُرِّهٖۤ اَوْ اَرَا دَنِيْ بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكٰتُ رَحْمَتِهٖ ۗ قُلْ حَسْبِيَ اللّٰهُ ۗ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُوْنَ
wa la`in sa`altahum man kholaqos-samaawaati wal-ardho layaquulunnalloh, qul a fa ro`aitum maa tad'uuna min duunillaahi in aroodaniyallohu bidhurrin hal hunna kaasyifaatu dhurrihiii au aroodanii birohmatin hal hunna mumsikaatu rohmatih, qul hasbiyalloh, 'alaihi yatawakkalul-mutawakkiluun
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri."
(QS. Az-Zumar 39: Ayat 38)
***************************************************
Fadhilat Dan Khasiat Ayat Tujuh
Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:
Penangkal Sihir
Menyerikan wajah
Ditunaikan segala hajat
Membawa keberkatan
Dicatat pahala yang banyak
Dijauhkan dari gangguan iblis
Terpelihara dari tipu daya musuh
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.
Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.
Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.
Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.
Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.
Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.
Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.
Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
(Posted by; shafiqolbu)

Wednesday, October 9, 2019

Doa untuk ikhtiar rawatan sakit kepala dll


Doa Untuk Sakit Kepala dan lain²
dibaca 7x (Untuk sakit kepala baca sambil memegang kepala)
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللّٰهِ خَيْرِ الْاَسْمَآءِ
بِسْمِ اللّٰهِ رَبِّ الْاَرْضِ وَالسَّمَاءِ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ اَسْمُهُ بَرَكَةٌ وَشِفَاءٌ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ بِيَدِهِ الشِّفَاءُ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ سُمٌّ وَلَادَاءٌ
بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرضِ وَلَا فِي السَّمٓاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama Allah sebaik-baik nama, Dengan nama Allah Tuhan empunya bumi dan langit, Dengan nama Allah yang dengan namaNYA memberi berkat serta mengubati penyakit, Dengan nama Allah yang dengan kekuasaanNYA menyembuhkan penyakit, Dengan nama Allah serta dengan namaNYA itu tidak memberi mudharat racun dan penyakit, Dengan nama Allah yang tidak mendatangkan mudharat berserta dengan namaNYA  sesuatu benda  pun di bumi dan di langit , dan Dialah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Masalah kencing atau batu karang


Ikhtiar masalah kencing atau batu karang.
بسم اللّٰه الر حمن الرحيم
وَاِ ذِا سْتَسْقٰى مُوْسٰى لِقَوْمِهٖ فَقُلْنَا اضْرِبْ بِّعَصَا كَ الْحَجَرَ ۗ فَا نْفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۗ 
wa izistasqoo muusaa liqoumihii fa qulnadhrib bi'ashookal-hajar, fanfajarot min-husnataa 'asyrota 'ainaa,
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukulah batu itu dengan tongkatmu, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 60)
اَنِ اضْرِبْ بِّعَصَا كَ الْحَجَرَ ۚ فَا نْۢبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۗ 
anidhrib bi'ashookal-hajar, fambajasat min-husnataa 'asyrota 'ainaa,
Pukulah batu itu dengan tongkatmu. Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air.
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 160)

Ruqyah kat air zam2/mineral/tapisan. Jgn guna air yg dah di masak. Kalau selain air zam2 letak 3 biji garan jantan. (Garam yg besar dlm garam kasar) baca 7 kali, pastu tiup kat air. Tak nak tiup... X apa doa aje... Mohon shj kepada Allah agar air yg diruqyah tu memberi munafa'at kepada pesakit atau diri sendiri.

Wallahu a'lam.

Sebelum dan Selepas membaca Asmaul Husna


Sebelum baca Asmaul Husna

لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ،
وَهُوَ عَلیٰ كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ،
.لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ لَهُ الْاَسْمٓٱُ الْحُسْنَی

Selepas baca Asmaul Husnaa
سُبْحَانَ مَنْ لَهُ الْاَ سْمٓٱُ الْحُسْنَی،
وَالصِّفَاتُ الْعُلْيَ، سُبْحَا نَهُ وَ تَعَا لیٰ
عَمَّا يَقُوْلُ الظَّا لِمُوْنَ عَلُوًّا كَبِيْرًا.

Muhasabah diri 😔


Sebagai hamba ALLAH kena faham dan sedar intipati Hawlaqah ni.
لَا حَوْ لَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِا اللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Kita ni apa pun tak ada... pinjaman belaka...
Allah tarik sikit nikmat kita terus keluh kesah
وَاِ نْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَا ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَـغَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
wa in ta'udduu ni'matallohi laa tuhshuuhaa, innalloha laghofuurur rohiim
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(QS. An-Nahl 16: Ayat 18)
 ۗ وَقَلِيْلٌ مِّنْ عِبَا دِيَ الشَّكُوْرُ
wa qoliilum min 'ibaadiyasy-syakuur
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."
(QS. Saba' 34: Ayat 13)

Wednesday, May 22, 2019

Doa Asmaul Husna

DOA ASMA UL-HUSNA

بِاَسْمَاءِكَ الْحُسْنَىْ - اِغْـفِرْلَنَا ذُنُوْ بَـنَا

Dengan Asma Ul Husna - Ampunilah Dosa Kami

وَلِــوَالِــدِنَـا - وَذُ رِّ يَّا تِـــنَا

Dan Dosa Kedua Orang Tua Kami - Dan Keturunan Kami

كَفِّـِرْعَنْ سَيِّئَاتِنَا - وَاسْـتُرْعَلَى عُيُوْبِنَا

Hapuskanlah Keburukan Kami - Dan Tutuplah Cacat Kami

وَاجْبُرْعَلَى نُقْصَانِنَا - وَارْفَـعْ دَرَجَاتِـنَا

Tambahlah Kekurangan Kami - Naikkanlah Derajat Kami

وَزِدْ نَا عِلْمًا نَافِـعًا - وَرِزْ قاً وَّاسِــعًا

Dan Tambahilah Kami Ilmu Yang Bermanfaat - Dan Rezki Yang Luas

حَـلاَلاً طَـيِّــبًا - وَعَـمَـلاً صَالِحًا

Yang Halal dan Bagus - Dan Amalan Yang Sholeh

وَنَـوِّرْ قُلُـوْ بَـنَا - وَيَـسِّـرْ اُمُـوْرَنَا

Dan Terangkanlah Hati Kami - Dan Mudahkanlah Urusan Kami

وَصَحِّـحْ اَجْسَادَناَ - دَائِـمَ حَـيَاتِــنَا

Dan Sehatkanlah Badan Kami - Selama Hidup Kami

اِلَى الْخَـيْرِقَرِبْـنَا - عَنِ الشَّـرِّ بَاعِـدْنَا

Ke Kebaikan Dekatkanlah Kami - Dari Keburukan Jauhkanlah Kami

وَقُـرْبَى رَجَـائُنَا - اَخِـرًا نِلْنَا الْمُـنَى

Dan Dekat Pada Allah Harapan Kami Akhirnya Kami Memperoleh Kenikmatan

بَلِـغْ مَـقَاصِـدَنَا - وَاقْـضِ حَوَائِجَـنَا

Sampaikanlah Maksud-maksud Kami - Dan Penuhilah Hajat-Hajat Keperluan@kehendak Kami

وَالْحَمْـدُ ِلا ِلَهِـنَا - اَلَّـذِى هَــدَا نَا

Segala Puji Untuk Tuhan Kami - Yang Telah Menunjukkan Kepada Kami

صَلِّ وَسَلِّمْ عَـلَى - طَهَ خَلِيْلِ الرَّحْمَنْ

Semoga Allah Memberikan Rahmat dan Keselamatan - Atas Thoha/Nabi Muhammad menjadi Kekasih

وَاَلِـهِ وَصَـحْبِـهِ - اِلَى اَخِرِ الزَّمَـانْ

Dan Keluarganya dan Sahabatnya - Sampai Akhir Zaman

Kembali Aktif

Memang lama tak updated blog, beri tumpuan kepada family terutama isteri yang sakit Kanser Payudara.

Isteri yang amat ku sayangi dan cintai telah kembali kerahmatullah pada 26/1/2019 di Hospital Kuala Lipis dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kg. Lalang, Penjom, Kuala Lipis.

Al-Fatehah untuk Arwah isteriku, segala artikel atau keilmuan yang diamal atau praktik olih pembaca blog ini, ku hadiahkan pahala kepada Arwah isteriku yang amat ku rindui hingga akhir hayat ku.




Saturday, July 29, 2017

Sunday, May 7, 2017

Kapsul Kunyit Putih

Kunyit Putih adalah antara herba untuk rawatan penyakit barah@kanser sama seperti daun rerama, daun belalai gajah, buah anona, buah durian belanda, biji appricot.

Pagi tadi saya berbual dengan rakan dari Taiping Perak, beliau maklumkan dengan izin Allah, kunyit putih dapat mengecutkan bengkak akibat kanser dan memulihkan, pesakit yang ceritakan kepada beliau.

Ok, kepada yang berminat untuk ikhtiar bolih hubungi :

En. Rossli
0194265833



Monday, December 5, 2016

Daun Rerama @ Air Rerama Asli

Ikhtiar untuk rawatan penyakit kanser.
Produk ini bukan sekadar air daun rerama sahaja, air rerama asli dibacakan doa.

Kepada tuan/puan yang ingin berikhtiar dengan produk ini bolihlah menghubungi
En. Mohd Yusof, HP 013-9903130






Wednesday, July 8, 2015

Ikhtiar Penyakit Batuk 2

kalau batuk dan selsema, Separuh@setengah gelas air suam, 3 biji limau nipis dan 1 sudu teh madu lebah. Wallahu A'lam.

Friday, February 6, 2015

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu

Kaedah ini dikongsikan olih seorang sahabat saya (India Muslim) yang menghidapi penyakit ini. Beliau melakukan ikhtiar minum air rebusan betik muda yang dibelah dua. Alhamdulillah, dengan izin Allah beliau sembuh. Ada juga kawan yang kongsikan kaedah blend/kisar 3 biji putik nenas dan dicampur sedikit madu. Alhamdulillah beliau juga diizinkan Allah sembuh. Kalau kat farmasi bolih beli Urisoda, melawaskan kencing juga perlu minum banyak air masak. Wallahu A'lam.

Ikhtiar kecemasan Penyakit Kencing Manis

Alhamdulillah, kembali lagi saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai ikhtiar penyakit kencing manis. Sebaiknya dapatkan rawatan perubatan moden, jaga pemakanan, jangan lupa makan ubat atau suntikan insulin secara moden (seperti pen)mengikut nasihat Doktor Perubatan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya, kesembuhan itu Hak Milik Mutlak Allah Ta'ala, namun begitu kita wajib berikhtiar, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kaedah yang dikongsikan olih sahabat saya dari Kelantan (Jema'ah Qudrah SeMalaysia) Bahannnya:- 1. Air mineral setengah gelas 2. Satu biji buah totamo yang telah masak 3. Satu sudu teh serbuk mauripan (Yang buat roti/pau dsbnya) Blend kesemuanya dan terus minum. Wallahu A'lam.

Monday, February 10, 2014

Ikhtiar Masalah Sengugut

Minum air rebusan Buah Delima + 5 Helai Daun sireh. Buah delima dibelah 4 atau 5, tak perlu buah yang sudah masak, rebus semuanya termasuk kulit buah dan masukkan 5 helai daun sireh. Tak perlu air 3 gelas kepada 1 gelas, asal kelihatan masih keruh tu, In shaa Allah, bolih diminum lagi. Sukatan minum adalah 1 atau 2 sudu sahaja. Jangan berlebih mungkin beri effect panas badan. Bolih juga ikhtiar untuk permasalahan buah pinggang peringkat awal ataupun prostat. Kalau masalah prostat, elok menggunakan Minyak Zaitun yang ORI. Ruqyah menggunakan ayat At-Tin, Al-Fil atau ayat 82 Surah Yasin. Kemudian sapu pada ari-ari, jangan gosok sekadar sapu sahaja. Wallahu A'lam.

Thursday, July 11, 2013

Indahnya pemandangan Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.

Pemandangan di waktu pagi.

Sejadah Tikar Mengkuang

Teringat masa kecil-kecil dulu solat menggunakan tikar mengkuang sebagai sejadah. Alhamdulillah baru-baru ini dapat beli sehelai dipasar minggu.

Ikhtiar rawatan penyakit kencing manis 2

Pokok untuk rawatan penyakit kencing manis (rujuk artikel sebelum ini)

Monday, March 18, 2013

Ikhtiar untuk penyakit kencing manis

Lama tak menjenguk blog, nak kata busy tidak juga, nak kata takde perkara yang nak dikongsikan pun tidak juga. Mungkin saya lebih beri penumpuan kepada chat di skype atau line naver.

Minggu lepas, kawan saya menceritakan bahawa sejenis pokok yang bolih diperolehi dikawasan paya, sawah/bendang yang terbiar. Masyarakat Cina cukup mengenali pokok ini.

Pokok ini yang tingginya lebih kurang pokok keladi, batangnya berduri, kalau nak cabut untuk mendapatkan akar tunjangnya kenalah pakai sarung tangan yang tebal atau dibalut dengan guni untuk mencabutnya.

Potong akar pokok ini hingga kebahagian umbinya, dibasuh bersih, dipotong mayang seperti memotong bawang. Letak atas helaian akhbar untuk dikeringkan, jangan dijemur pada panas matahari. Letak dalam rumah pun insyaa Allah akan kering.

Untuk menggunakannya, masukkan 2 atau 3 keping kedalam 1 gelas air panas, tutup dahulu gelas/cawan, bila dah sejuk sedikit barulah diminum. Elok diamalkan dengan meminumnya pagi dan malam.

Namun tuan/puan perlu faham, ikut keserasianlah, berdoalah kepada Allah, asbab meminumnya Allah kurniakan kesembuhan. Wallahu A'lam.

Insyaa Allah, nanti saya akan masukkan gambar pokok berkenaan, tak sempat nak transfer gambar dari HP ke laptop antik saya.

Monday, December 17, 2012

AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH

AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH - Info dari Rakan FB Bomba


Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan.